budak di syaki di sorok jin...bomba yang bantu mencari di serang histeria



RIMBUNAN pokok buluh didakwa sebagai lokasi kanak-kanak yang hilang disembunyikan.

Tawau: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) Muhd Famirul Aiman Rahman berusia tiga tahun yang dikhuatiri hilang  di Kampung Taman Rainbow, di sini, kelmarin, bertukar kelam-kabut apabila seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba-tiba meracau dipercayai akibat histeria.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, penyelamat wanita berusia 20 tahun dikatakan menyusuri kawasan belukar sekitar sungai Tawau itu sebelum tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

Sebaik tersedar, anggota terbabit dikatakan mula meracau dan bertindak di luar kawalan sehingga memaksa rakan setugas lain menenangkannya.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dan beberapa anggota bersiap-siap mengemas selepas operasi ditangguhkan berikutan cuaca yang semakin gelap.

“Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba rebah dan sebaik tersedar, dia meracau dan bercakap dalam suara yang garau dan kasar.

“Sepanjang meracau, anggota wanita ini memberitahu kanak-kanak yang hilang disorokkan di rimbunan pokok buluh di hadapan rumah mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, berikutan keadaan semakin tidak terkawal, anggota terpaksa memanggil ustaz bagi memulihkan semangat mangsa.

“Ketika cuba dipulihkan, mangsa turut meminta keluarga kanak-kanak itu menyediakan darah ayam dan pulut kuning sebagai syarat untuk ‘beredar’.

“Bagaimanapun, mangsa akhirnya dipulihkan selepas hampir enam jam diserang histeria,” katanya.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya untuk berehat.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI