straw tersekat di hidung penyu

Gara-gara sikap sambil lewa manusia membuang sampah merata-merata, seekor penyu spesis Olive Ridley terpaksa menahan kesakitan akibat hidungnya tersumbat dengan sebatang plastik straw minuman.

Lebih malang, kewujudan bendasing di lautan itu mengakibatkan penyu berkenaan tidak mampu bernafas seperti biasa.

Apa yang lebih menyentuh hati, apabila melihat darah yang mengalir keluar dari hidung penyu tersebut seolah-olah sudah dapat membayangkan penderitaan  yang dialami.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi spesies haiwan terancam itu apabila secara kebetulan dipertemukan dengan sekumpulan pelajar jurusan marin yang ketika itu sedang mengadakan lawatan penyelidikan di Costa Rica.

Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh penyu tersebut, mereka sedaya upaya berusaha menyelamatkan hidupan marin ini.

Pelajar marin itu yang pada awalnya menyangka, objek yang tersekat pada hidung adalah cacing parasit terkejut setelah mengenal pasti ianya adalah sebatang plastik straw minuman yang berukuran 10-12 sentimeter.

Difahamkan, pendarahan pada saluran lubang hidung di penyu berkenaan terhenti serta-merta selepas plastik straw minuman itu berjaya dikeluarkan.

Siapa sangka, meskipun sebatang plastik straw ia memberi kesan mudarat kepada hidupan lain.

Oleh itu, sila fikir-fikirkanlah sebelum buang!





About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI