dah kaya sangat...uji Iphone, ganti jadi pad brek porsche





GILA..seorang lelaki ini telah menggantikan pad brek sebuah kereta mewah dengan lapan buah Iphone keluaran produk Apple.

Lelaki tersebut merupakan seorang vlogger di Youtube yang dikenali sebagai Daniel telah membuat satu uji kaji untuk melihat sama ada gajet berkenaan mampu menghentikan kenderaan atau tidak.

Kajian ‘pelik’ itu telah dilakukan dengan menggunakan kereta Porche 911 Carrera 2002 dengan kadar kelajuan 32km/sejam, 64km/sejam dan 96km/sejam.

Lapan buah Iphone telah dipasang dan menggantikan pad brek asal kereta itu. Empat buah Iphone 5s dipasang di bahagian brek depan manakala empat buah Iphone 4s diletakkan di bahagian brek belakang.

Percubaan pertama kajian itu menghasilkan calar di piring tayar itu manakala uji kaji yang kedua dengan kelajuan 64km/sejam itu telah menyebabkan bahagian depan tayar itu mengalami kebakaran.

Walaubagaimanapun, pada kelajuan 96km/sejam Daniel menyatakan dia terpaksa menggunakan brek kecemasan untuk berhentikan kenderaan terbabit.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI