burger ayam merah jambu...ada berani ke nak cuba makan.? ..he he he



KFC di China kini menjual burger berwarna merah jambu selain burger berwarna hitam.

BEIJING – Bagi menghasilkan sesuatu yang baharu dan unik kepada pelanggan, restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di sini menghasilkan menu burger ayam berwarna merah jambu yang menjadi bualan hangat di media sosial negara itu.

Roti burger unik itu turut disertakan dengan ayam panggang, keju, mayonis, tomato dan timun. Keju yang digunakan dikatakan mempunyai perasa bunga ros.

Satu set burger merah jambu dijual pada harga 17 Yuan (RM10.60) dengan sasaran pembeli dikhususkan kepada golongan wanita. Turut ditawarkan ialah burger berwarna hitam.

Ia dilakukan sebagai salah satu strategi pemasaran KFC berikutan syarikat itu mengalami kemerosotan penjualan sejak tiga tahun lalu.

Beberapa pelanggan yang mencuba burger merah jambu itu bagaimanapun memberikan reaksi negatif terhadap inovasi baharu tersebut.

“Keju burger tersebut tidak mempunyai rasa ros. Ia dikatakan keju ros disebabkan roti burger tersebut berwarna merah jambu,” kongsi seorang pelanggan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI