sertai ISIS lebih baik bila pemimpin sibuk kejar kekayaan peribadi anggota bawahan di abaikan
8:42 PG
abai
,
aceh
,
anggota bawahan
,
berita
,
gerakan aceh merdeka
,
gerakan islam
,
luar negara
,
pejuang negara islam ( ISIL )
Edit
Fakhruddin mendakwa dia diabaikan oleh bekas kepimpinan GAM ketika ditemui di rumahnya di daerah Julok, Aceh
BANDA ACEH – Bekas pejuang pemberontak Aceh dikatakan mahu menyertai kumpulan Islamic State (IS) selepas mendakwa mereka diabaikan oleh pihak berkuasa.
Walaupun ramai bekas pemimpin pemberontak mendapat manfaat daripada perjanjian damai dan kini menjadi ahli politik utama Aceh, namun bekas komander pemberontak seperti Fakhruddin Kasem, 35, antara yang berasa diabaikan.
“Sebagai pejuang pemberontak, saya berasa dikhianati kepimpinan kami kerana mereka tidak menjaga orang seperti saya,” katanya.
Dia merupakan antara 100 bekas pemberontak pada bulan lalu berikrar menyertai IS di Syria kerana mendakwa dibayar gaji lumayan bagi membolehkan mereka menyara keluarga.
Sehingga kini kira-kira 500 orang warga Indonesia dipercayai telah pergi ke Asia Barat untuk menyertai IS sehingga menimbulkan kebimbangan mereka mungkin menghidupkan semula jaringan militan sofistikated yang bertanggungjawab menyerang sasaran Barat selepas pulang ke negara ini.
Belum dapat dipastikan sama ada bekas pemberontak berkenaan akan menyertai pertempuran di Syria atau Iraq tetapi ancaman tersebut menyerlahkan bagaimana peralihan hidup menjadi orang awam tidak berjalan lancar bagi ramai pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
GAM melancarkan perjuangan menuntut sebuah negara Islam di Aceh pada 1976 yang penduduknya sangat bangga dengan identiti serta sejarah pusat dagangan dan pendidikan Islam ulung.
Pertempuran antara pemberontak dan tentera kerajaan selama 29 tahun menyebabkan hampir 15,000 orang terbunuh sebelum tsunami pada 2004 yang akhirnya mendorong GAM dan Jakarta memeterai perjanjian damai.
Pemerhati mendakwa sebahagian bekas anggota GAM telah mendapat manfaat daripada kekayaan minyak dan gas di wilayah ini tetapi mereka yang memegang kuasa dituduh lebih sibuk mengumpul kekayaan sendiri daripada membantu penduduk Aceh.
##
nama ajer gerakan islam...tapi bila Allah SWT uji sikit dengan harta kekayaan dah cair...harap ISIL tidak abaikan anggotanya bila beroleh kejayaan...sepatutnya angota bawahan adalah asset kepada pemimpin..tegakknya pemimpin dengan adanya anggota bawahan..
tanda tanda kemusnahan pemimpin bila mereka mula mengabaikan anggota bawahan .gerakkan islam tidak sepatutnya melakukan begitu .
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI