rakyat dah lama sangsi dengan anjing dan barua kerajaan la bodoh....!!!





Rakyat makin sangsi, jangan halang SPRM jalankan tugas, kata panel 


Situasi semasa yang dipenuhi kesangsian awam terhadap pihak berkuasa akibat perkembangan terbaru membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hanya boleh dikurangkan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan melaksanakan tugas mereka tanpa halangan, kata salah satu panel yang memantau SPRM.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM Tan Sri Johan Jaaffar berkata beliau memandang serius dan kecewa dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai yang terlibat dalam siasatan yang sedang dikendalikan badan anti rasuah itu ketika ini.

Beliau berkata, SPRM perlu dibenarkan menjalankan tugasnya sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009.

"Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada SPRM untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar.

"Persepsi orang ramai yang pegawai-pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"PPPR juga berpendapat semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran," kata Johan yang juga Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Media Prima Berhad.

Setakat hari ini, 7 pegawai SPRM ditahan untuk disoal siasat sejak hujung minggu lalu, ketika polis memberi tumpuan kepada maklumat bocor mengenai 1MDB, yang ketika ini disiasat berhubung dakwaan penyelewengan kewangan.

Tindakan polis susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia yang menunjukkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak pernah menyentuh secara langsung mengenai pemindahan dana itu.

Minggu ini, SPRM mengesahkan kewujudan jumlah yang besar, tetapi katanya ia datang dari seorang penderma di Timur Tengah, dan bukan dari 1MDB.

SPRM tidak mendedahkan identiti penderma itu, tetapi berkata ia akan meminta Najib memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.

Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low mengkritik polis kerana bertindak dengan cara yang melampau dalam melakukan serbuan dan tangkapan terhadap pegawai SPRM mereka.

Low, yang bertanggungjawab hal ehwal tadbir urus dan integriti berkata, tindakan itu akan memberi kesan negatif kepada negara ini, baik di dalam mahu pun di luar negara. "Polis menangani isu ini dengan cara yang 'high-handed' (tidak berperikemanusiaan).

"Penting supaya institusi ini (SPRM) dibenarkan membuat apa yang mereka perlu lakukan, kerana rakyat menjangkakan siasatan itu lengkap dengan kesimpulan yang memuaskan," katanya pada satu program di Kuala Lumpur pagi ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak berniat mengganggu tugas dan tanggungjawab SPRM sebaliknya hanya menjalankan tugasnya.

Beliau juga menafikan polis bertindak atas tekanan atau arahan dari mana-mana pihak dalam mengambil tindakan terhadap pegawai SPRM.

"PDRM jelas dalam halatuju siasatannya ke atas kes di mana dokumen rasmi kerajaan dan perbankan yang dibocorkan, dimanipulasi pihak tertentu untuk tujuan mengganggu gugat kestabilan negara," Khalid berkata dalam satu kenyataan.

KPN berkata, umum harus faham setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan sesuatu siasatan, namun ia tetap selari dengan tujuan asalnya iaitu untuk mencari kebenaran.

"Atas dasar ini, PDRM tidak sesekali mengganggu siasatan atau mencampuri tugas dan tanggungjawab SPRM, atau bertindak dalam apa jua cara yang boleh menjejaskan hubungan kerja antara agensi-agensi yang terbabit," katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dilihat seperti “menangguk di air yang keruh”.

"Berilah ruang dan peluang untuk agensi-agensi terbabit menjalankan tugas mereka tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri ataupun agenda tersirat," kata Khalid.






##




ini semua..............poyoooo....tak boleh pakai...satu anjing satu lagi barua....sandiwara  memperbodohkan rakyat..

Jawapan ketua barua negara  tangkap kerana tugas ?,!atau arahan pm !..tu pasal rakyat tak yakin dalam badan perundangan negara ini..rakyat suka melaporkan dan beri bukti jenayah kat media massa ..polis dan sprm dah hilang intergreti mereka lebih ikut telunjuk penjenayah VVIP dan membersihkan nama penjenayah itu...!..

kesian nama polis tercemar kerana rakyat sudah mengelarkan BARUA  umnogok daripada badan penguasaan malaysia yg adil..! Terserah pada polis cari jalan memperbaiki atau cari imej yg tersendiri..kesetian pada siapa? Umnogok ke atau malaysia?...apa yg rakyat lihat polis lebih pada umnogok.


PDRM atas arahan bini PM...SPRM atas arahan bini PM juga...dua dua jadi biol...

dua dua  badan penjilat nih ada sejarah   hitam membuli rakyat...dua dua ini juga telornya telah di picit rosmah...so apa nak di herankan...









About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI