orang UMNO pagoh pun sangsi...kalau nak menderma di masjid mesti masuk tabong masjid bukan masok akaun tuan imam...ada juga orang UMNO yang enggan di perbodohkan najib....kah kah kah....!!!

Perwakilan Pagoh sangsi penderma mahu RM2.6 bilion masuk akaun Najib







Perwakilan sayap parti Umno di Pagoh, Johor, hari ini menyuarakan keraguan mereka yang penderma dana RM2.6 bilion dari Timur Tengah mahu wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada pembukaan mesyuarat perwakilan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno Pagoh hari ini, ketika ucapan perasmian Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, kebanyakan mereka menjerit "tidak" apabila beliau berkata perkara itu dimaklumkan Najib kepadanya.

"Saya tanya, duit itu masuk ke mana, (Najib jawab) akaun saya. Kenapa masuk akaun you? Orang nak bagi derma itu suruh masuk akaun saya," katanya mengulangi dialog Najib kepadanya sebelum ini.


"Percaya atau tidak?" Muhyiddin mengajukan soalan kepada perwakilan, dan disambut dengan teriakan "tidak".

"Kena percaya, orang sudah beritahu itu percaya sahajalah... takut lepas ini lembaga disiplin (Umno) panggil saya," katanya.

Muhyiddin yang digugurkan daripada Kabinet Najib pada hujung bulan lalu berkata, beliau dimaklumkan oleh Najib, penderma dana berjumlah RM2.6 bilion itu mahukan wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Katanya, beliau sendiri tidak mengetahui dana berkenaan adalah derma, seperti mana dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

"Saya tidak dimaklumkan berkenaan RM2.6 bilion. Saya hanya dimaklumkan selepas pendedahan The Wall Street Journal (WSJ), disaksikan setiausaha agung dan bendahari. Saya sebagai timbalan presiden memang tidak tahu.

"Saya tak mahu persoalkan wang derma itu, saya tak mahu pertikaikan. Itu jumlah bukan sedikit," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi.

Muhyiddin berkata, Najib bagaimanapun tidak mendedahkan kepadanya sumber dana berkenaan.

"Saya tanya datang dari mana, beliau jawab daripada penyumbang Timur Tengah. Saya tanya siapa nama orang itu, dan beliau kata tak boleh beritahu kamu," katanya.

Muhyiddin berkata, orang ramai yang menemuinya kini membangkitkan persoalan sama ada akaun Najib yang sudah ditutup masih lagi mempunyai wang di dalamnya.

"Akaun dah ditutup, ada baki tak? Sudah dimasukkan ke akaun parti? Saya tak boleh nak jawab sama ada dah masuk ke akaun parti atau sebaliknya. Banyak tanda tanya yang belum terjawab.

"Jika benar kerajaan kita ini telus, akauntabiliti, kita kena tunjuk bukan saja melalui perkataan, baru rakyat yakin kerajaan ini telus dan bertanggungjawab," katanya





##



ntah ntah  penderma timor tengah tu rekaaan najib..kalau si najib ni jujur dah awal awal lagi dia istiharkan...sejak isu ini mula timbul.kenapa baru sekarang...dah terkantoi ...tiada alasan lain...

kalau berani dedah sekarang juga nama penderma tersebut...kita nak tengok profile dia dan ada susulan berita mengenainya .cukup cukup lah temberang rakyat..

duit tu wa rasa adalah duit rakyat yang di rembat najib laki bini...kalau beliau masih tidak bagi alasan yang kongkrit ..tapi nampak kesitulah dakwaan wa

baki..?..dah habis di pulun najib laki bini...belanja anak beli kondo dan buat filem lucah di new york dan beli barang kemas rosmah haramjadah bertingkat tingkat

Orang pergi masjid pun hulur derma ke dalam tabung masjid, mana ada orang DERMA masuk akaun Tuan Imam...kah kah kah




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI