Kenapa pecat Muhyiddin, Gani, jika RM2.6 bilion cuma derma....ini makna najib memang kaki kelentong..itu duit dia mau share dia punya family haramjadah maaa....lain worang tara...atau shut up u all punya mouth maa.......## tangkap najib...!!!




Susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kita  mendesak Najib menjelaskan mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama menjelaskan berkenaan derma itu.

Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?.

Ini  merujuk kepada Muhyiddin yang digugurkan dari Kabinet sebagai timbalan perdana menteri pada 28 Julai dan Gani yang digantikan dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara berkuatkuasa 27 Julai.

Kita  turut menggesa agar dermawan yang menyumbangkan wang itu ke dalam akaun Najib didedahkan, serta syarat-syarat yang dikenakan ke atas penerimaan derma itu dinyatakan.

Siapa penderma yang sebegitu murah hati  atau giler tahap gaban tu? Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?

Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Susah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri..Silap silap orang giler pun tak buat kerja giler  macam tuh.

Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu?

Apakah siasatan SPRM melihat kepada perkara ini?

Apakah ini sekadar permainan perakaunan?

Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada The Wall Street Journal (WSJ) masih tertangguh?

Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?

Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?

Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil?

Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?

Petang kelmarin  SPRM mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri merupakan sumbangan penderma, bukan dari syarikat berkaitan 1MDB seperti didakwa pihak tertentu.

"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. 

"Hasil siasatan mendapati, dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB," kata SPRM.

Ia juga menerangkan, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokuskan ke atas isu berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd dan kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib itu.

Manakala, pihak Polis Diraja Malaysia pula katanya, menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB, sementara Bank Negara Malaysia menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Awal bulan lalu The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Najib menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.








##






Mereka akan mencipta satu lagi penipuan untuk menutup satu penipuan, begitulah seterusnya sehingga mereka masuk ke lubang kubur...

Siakap senohong gelama ikan duri, yang kuat cakap bohong itulah  perangai  menteri

hanya penderma dari Kerajaan Langit Ayah Pin saja yang sanggup derma sebanyak RM2.6b.....he he he

sekarang ni semua unsur rasuah adalah derma..kerajaan malaysia dah boleh bubar sprm..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI