SPRM akan panggil Najib berhubung derma RM2.6 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan penjelasan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, kata agensi itu hari ini.
SPRM berkata pihaknya sudah mengenalpasti identiti pihak yang memberi wang itu dan mendapatkan penjelasan daripada penderma yang berasal dari Timur Tengah itu akan tetapi tidak boleh mendedahkan identitinya.
Pada Isnin, SPRM mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib sebagai sumbangan derma, bukan daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"SPRM mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga mengesahkan sumbangan derma tersebut.
"Sumbangan derma RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.
"Perbincangan juga diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.
"Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan Najib akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM," kata badan anti-rasuah itu dalam satu kenyataan petang ini.
Ia berkata, SPRM mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri.
"Dalam dokumen itu ada dijelaskan sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," katanya.
The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai menerbitkan satu artikel yang memetik "penyiasat yang tidak dinamakan" mengatakan hampir AS$ 700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebelum pilihan raya umum ke-13.
1MDB menafikan dakwaan itu, manakala Najib menafikan mengambil sebarang dana awam untuk kepentingan peribadi.
Walaupun mengancam untuk menyaman WSJ atas dakwaan itu, Najib tidak pernah secara langsung menafikan wang itu ada dalam akaun beliau .
Pada Isnin, SPRM mengeluarkan kenyataan mengesahkan RM2.6 bilion itu disalurkan ke akaun perdana menteri tetapi ia sumbangan politik dari penderma, bukan dari 1MDB
##
baca juga akta SPRM...derma adalah juga suapan...
sumbangan politik kempen pru 13 ke..?...maknanya ini telah melanggar akta pilihanraya...dan kemenangan najib dalam pru yang lalu adalah tidak sah...ini bermakna najib telah memerintah negara secara haram sejak pru 13..keputusan pru 13 wajar di batalkan dan najib wajib di lucutkan jawatan PM yang di pegang secara haram...## tangkap najib
yang pasti ada maruah negara bakal di gadaikan...takkan begitu sahaja orang menderma begitu banyak wang...kalau tidak ada udang di sebalik batu atau najib bermain sandiwara takut terbongkar yang dit tu adalah duit rakyat yang di kebas melalui 1 mdb...## tangkap najib
kita juga nak tahu siapa penderma giler yang bermurah hati menderma kepada najib...tak kan sajer sajer ajer nak menderma wang sebanyak itu..yang pelik kenapa tak di umumkan semasa isu yang berkaitan najib baru di timbulkan.dan sehingga kini najib banyak berdolak dalik dan bermain sandiwara....## tangkap najib
tapi rase nya bila SPRM di panggil rosmah...dia akan jadi macam ini...episod mudah di teka...ha ha ha
SPRM kata tiada kuasa dakwa pembelian kondominium mewah anak Rosmah di New York
telor kena picit.....kah kah kah kah....
jangan buat lawak....SPRM akan panggil Najib berhubung derma RM2.6 bilion....lepas tu Rosmah akan panggil SPRM pasal isu ini...baru tau telor kena picit ke tidak..?...kah kah kah kah....!!!
11:35 PTG
agenda rakyat
,
barua najib
,
barua UMNO
,
derma
,
najib kerja rosmah arah
,
orang gila
,
politik
,
politik kotor
,
rosmah penyanggak
,
SANDIWARA PERBODOH RAKYAT MALAYSIA
,
skandal 1 mdb
,
skandal najib
,
skandal rosmah
,
SPRM
Edit
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI