gereja tengkorak

Sekali lihat, umpama set filem Pirates of the Caribbean. Osuari Sedlec di Republik Czech dianggarkan mempunyai 40,000 hingga 70,000 tengkorak manusia yang kebanyakannya mati akibat wabak pada 1318 serta Perang Hussite pada kurun ke-15.

Digelar ‘Gereja Tengkorak’ bangunan itu dihiasi tengkorak yang dibersihkan sebelum disusun supaya kelihatan menarik termasuk cawan dan candelier. Malah ada juga lambang keluarga yang dibentuk menggunakan sisa tengkorak.

Lokasi di bawah sebuah gereja itu juga mempamerkan ‘panji-panji’ diperbuat daripada tengkorak yang disusun cantik di celah cawan besar, kaki lilin dan piramid yang semuanya diperbuat daripada tulang manusia.

Candelier utama dihasilkan menggunakan hampir setiap jenis tulang dalam badan manusia, termasuk tujuh cabang diperbuat daripada tulang belakang manakala tengkorak dijadikan tempat meletakkan lilin. Reka bentuknya dikatakan membayangkan haiwan berkepala tujuh sama seperti dinyatakan dalam Bible.

Kisah di sebalik ‘Gereja Tengkorak’ juga agak menggerunkan. Semua tengkorak itu dikatakan diperoleh daripada perkuburan gereja itu yang ditutup pada akhir kurun ke-15. Pada 1870, tukang kayu Frantisek Rint ditugaskan menggunakan tulang berkenaan sebagai hiasan.

Untuk memastikan warna hiasannya seragam, dia memutihkan setiap satu daripadanya menggunakan peluntur.

Walaupun pelik, Osuari Sedlec bukannya satu-satunya tempat seumpama itu, malah Osuari Brno mempunyai koleksi tulang-temulang lebih banyak iaitu 50,000.



SEMUA perhiasan diperbuat menggunakan tengkorak dan tulang manusia.



SEMUANYA hasil kerja Frantisek Rint.



LAMBANG keluarga bangsawan Schwarzenberg.



OSUARI Sedlec juga dikenali sebagai ‘Gereja Tengkorak’.



OSUARI Sedlec dianggarkan menyimpan tulang 40,000 hingga 70,000 orang.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI