pewangi disangka bom
Cincinnati: Pihak berkuasa mengarahkan mahkamah di sini, dikosongkan berikutan penemuan objek seperti bom tangan era zaman perang dunia kedua, semalam.
Sherif daerah Hamilton, Jim Neil, berkata objek itu yang berbentuk bom tangan ‘buah nanas’ ditemui dalam beg pakaian seorang wanita yang melalui mesin pengimbas menyebabkan arahan dikeluarkan pada jam 8.30 pagi waktu tempatan supaya bangunan mahkamah dikosongkan.
Namun, objek yang disangka bom tangan itu sebenarnya botol pewangi yang bentuknya kelihatan seperti bom tangan dalam imej mesin pengimbas.
Menurut Neil, kejadian itu menyebabkan mahkamah ditutup sehari untuk pemeriksaan tetapi pihaknya tidak akan mendakwa sesiapa.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI