maut di sepit robot



KASSEL - JERMAN. Seorang pekerja kilang terbunuh selepas robot yang sedang dipasang mengepit dadanya ke atas sekeping plat besi, kelmarin.

Menurut laporan Financial Times, pekerja berusia 21 tahun tersebut bersama dengan seorang lagi rakan sekerja semasa kejadian berlaku di kilang pemasangan kenderaan Volkswagen.

Jurucakap Volkswagen, Heiko Hillwig memberitahu bahawa kejadian tersebut disebabkan oleh kesilapan teknikal.

Robot tersebut mampu diprogram untuk melakukan pelbagai kerja, termasuk memegang bahagian-bahagian kenderaan dan memanipulasinya.

Bagaimanapun, robot selalunya dikawal jauh dari manusia dan operator akan diletakkan di dalam ruangan selamat.

Pegawai pendakwaraya sudah membuka kertas siasatan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI