selamatkan kroni yang mencuri, tangkap pemberi maklumat....sampai menteri mangkuk hayun ini kata Bank Negara perlu ambil tindakan kebocoran maklumat pelanggan bank...!!!



kebodohan dan sifat mengampu yang terlampau...nampaknya  kepentingan penjenayah kroni  di utamakan untuk di lindungi.akaun menteri bodoh nie pun wajar di siasat  dan di dedahkan.bila mengampu ajer pasti ada syer yang dia dapat...!!!


Bank Negara Malaysia dan pihak polis digesa segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kebocoran maklumat perbankan yang kerap dilaporkan akhir-akhir ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membuat gesaan itu berkata melindungi maklumat peribadi pelanggan perlu menjadi keutamaan setiap bank melalui pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989(Bafia) dan Akta Perlindungan Peribadi 2010.

"Bank Negara perlu ambil tindakan, kalau tidak kepercayaan masyarakat kepada institusi-institusi bank akan menurun.

"Siapa yang nak percaya kepada bank lagi kalau akaun boleh dikongsi dan disebarkan kepada orang ramai," katanya pada majlis pelancaran Pasar Tani Khas Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2015, di Hulu Selangor kelmarin

Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata beberapa insiden akaun bank dikongsi dan disebarkan kepada orang ramai menjadi bukti akan kelemahan institusi perbankan di negara ini dalam melindungi akaun dan data peribadi pelanggan.

"Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan segera masa depan institusi perbankan di negara akan terjejas," katanya







##





yang jelas majoriti pelanggan bank menggunakan akaun bank dengan betul cuma sebilangan kecil sahaja yang menyalahgunakan akaun bank dengan transaksi yang boleh dipertikaikan.. so.. bank akan memilih untuk kelilangan pelangan yang besar ke yang kecil? pembocor nak bocorkan pun bermotif..bukan suka suka kalau tak melibatkan kepentingan awam...

mereka sepatutnya adalah wira negara sekiranya kesalahan terbukti dimahkamah..ceritanya sekarang kat malaysia ini adalah sekumpulan ramai rakyat vs sebilangan kecil manusia yang berkuasa tetapi samada tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah ataupun cuba melindungi kesalahan pihak tertentu... tiada kesalahan bagi kebocoran maklumat yang meragukan berkaitan pihak yang menguruskan kepentingan negara dan dana awam kerana itu adalah tanggungjawab kepada negara.. pemimpin menjalankan tanggungjawab mereka dan rakyat juga menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.. rakyat berharap sepatutnya pihak berkuasa yang membocorkan sebarang salahlaku dan penyelewengan berkaitan dana awam dan juga GLC..

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya mahu Bank Negara segera ambil tindakan terhadap kebocoran maklumat perbankan yang kerap dilaporkan akhir-akhir ini, kononnya kalau tidak diambil tindakan maka kepercayaan masyarakat kepada institusi-institusi bank akan menurun.....

Tapi dia tidak pula mendesak agar Bank Negara juga segera ambil tindakan terhadap orang yang mencuri, menipu, seleweng dana rakyat dan masukkan kedalam akuan sendiri.

Maksud Datuk Seri Ismail amat mudah difahami...... Selamatkan kroni yang mencuri, tangkap pemberi maklumat.... itulah mentaliti pemimpin UMNO Baru.

Siapa yang akan percaya kepada bank, kerajaan dan badan perlaksanaan undang-undang jika ada segolongan kecil boleh melanggar akta pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan tanpa dihukum, manakala segologan besar rakyat perlu patuhi akta tersebut?



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI