Cheetah serbu ke atas kenderaan pelancong



Seekor cheetah merenung muka McCaldin seolah-olah mahu duduk di atas ribanya.

NAIROBI, Kenya – Sekumpulan pelancong yang melancong ke taman safari Maasai Mara di sini baru-baru ini terkejut apabila seekor harimau cheetah turut memanjat kenderaan mereka.

Haiwan liar dengan kuku dan gigi tajam itu mengejutkan semua penumpang selepas melompat ke bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda tersebut sebelum mendekati seorang pelancong dari Ireland, Mickey McCaldin dan berada begitu dekat dengannya.

Gelagat McCaldin bersama cheetah itu dirakam jurugambar David Horsey, 62, dari bandar Mombasa apabila haiwan itu kelihatan seperti mahu duduk di atas riba lelaki itu.

“Saya telah tinggal di Kenya sebahagian besar hidup saya dan saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini.

“Cheetah itu seperti tidak menakutkan apabila didekati, nasib baik McCaldin sangat tenang. Namun saya fikir dia mungkin rasa haiwan itu mahu duduk di ribanya,” ujar Horsey.

Apabila cheetah itu mula bosan merenung McCaldin, haiwan itu kemudian berpusing dan terjun semula keluar.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI