sah penjualan Windows 10 melalui pemacu USB




Beberapa minggu lepas kita telah mendengar desas-desus pihak Microsoft akan menawarkan Windows 10 dalam bentuk pemacu USB. Hari ini, perkara tersebut disahkan, dan Microsoft telah pun menyenaraikan serta menerima pra-tempahan untuknya melalui Amazon.

Seperti semua sedia maklum, kebanyakkan komputer riba baru tidak hadir dengan pemacu DVD, sekaligus pilihan ini mungkin lebih relevan kepada mereka yang tidak mempunyai akses internet pantas, dan ingin menaik-taraf ke Windows 10 dengan mudah.

Melalui penyenaraian di Amazon, Microsoft memperlihatkan Windows 10 dalam Pemacu USB ini hanya akan mula dihantar bermula 16 Ogos 2015 sahaja. Ini boleh dikatakan agak lewat jikalau dibandingkan dengan penawaran muat-turun percuma yang akan ditawarkan bermula 29 Julai untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8.1

Buat masa ini, penawaran ini dilihat ditawarkan melalui Amazon sahaja, dimana versi Windows 10 Home disenaraikan pada harga $119.99, sementara Windows 10 Pro pada harga $199.99. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah Microsoft akan menawarkannya di Malaysia, dan mungkin ia akan terjawab pada 29 Julai kelak.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI