ahli Umno jumpa Justo beli maklumat Petrosaudi,,,,tapi pembangkang pulak di suruh mengaku ...ini menteri UMNO mangkuk hayun punya kelaku...!!!



Bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, memberitahu polis Thailand beliau menjual maklumat kepada 10 pembeli  termasuk ahli UMNO  selepas gagal memeras ugut majikannya -


Jurucakap polis Thailand Prawuth Thavornsiri mengatakan ahli Umno adalah salah seorang daripada 10 pembeli maklumat berkaitan PetroSaudi International daripada bekas pengarahnya Xavier Andre Justo.

Justo memberitahu polis Thailand beliau menjual maklumat kepada kumpulan tersebut selepas gagal memeras ugut Petro Saudi sebanyak 2.5 juta matawang Swiss sebagai tukaran untuk tidak mendedahkan maklumat.

"Kebanyakan mereka, kira- kira 10 individu adalah daripada media dan mereka yang dalam lingkungan parti sama dengan perdana menteri," katanya .

Prawuth menolak untuk mengenal pasti 10 individu terbabit namun berkata rundingan untuk membeli maklumat daripada Justo dirancang di Singapura dan Thailand.

Jurucakap polis Thailand itu turut berkata, transkrip perbualan daripada mesej aplikasi WhatsApp Justo, selepas kumpulan terbabit mengesahkan maklumat yang diinginkan mereka akan berbincang tentang cara pembayaran.

"Mereka bercakap banyak kali di WhatsApp. Kita ada bukti mereka berkata mahu membayar itu dan ini, berpura- pura seolah jual dan beli."

Prawuth juga ditawarkan untuk berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Singapura.

Antara lain, jurucakap polis Thailand itu menolak untuk mengesahkan sama ada Sarawak Report antara 10 terbabit membeli maklumat daripada Justo.



Ini kelaku menteri UMNO mangkuk hayun  yang mulut nya sentiasa berbuih...!!!


Segera nafi ketemu Justo jika tak berlaku, gesa menteri



Merapu ajer  menteri mulut berbuih nih....Ahmad Shabery Cheek menggesa pemimpin pembangkang yang didakwa bertemu Xavier Andre Justo agar menafikannya sekiranya ia tidak berlaku.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa pemimpin pembangkang yang didakwa bertemu bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo agar menafikan dakwaan itu jika ia tidak berlaku.

Menurutnya, ketiadaan respons daripada pihak pembangkang terhadap tuduhan itu merupakan "perkara serius".

"Sekiranya (ia) tidak berlaku, orang yang didakwa itu segeralah buat penafian," katanya sewaktu ditemui pemberita di Seri Perdana,

Menurut Shabery, tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati bertindak mengaitkan Najib dengan perbuatan jenayah.

Kelmarin, polis Thailand berkata warga Switzerland itu mengadakan pertemuan dengan individu penting dalam pembangkang Malaysia di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Lt Gen Prawut Thavornsiri dipetik berkata polis Thailand mengetahui identiti individu yang ditemui Justo berdasarkan pengakuannya serta bukti yang dikumpul dan butiran daripada sumber seperti telefon bimbit dan komputer peribadi milik lelaki itu.

Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan kepada penjualan dokumen itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan Sarawak Report, sebuah blog pembocor rahsia sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB


Ini pulak tindakan polis barua,,,,marah pulak di panggil barua...tapi memang dasar barua penjilat najis UMNO...berat sebelah memang tentu punya...


Polis akan panggil pemimpin pembangkang jumpa Justo di Singapura 



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pemimpin pembangkang yang berjumpa dengan Xavier Andre Justo di Singapura akan disoal.

Polis sudah mengenal pasti dan akan memanggil pemimpin pembangkang yang berjumpa Xavier Andre Justo di Singapura, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua polis negara berkata, pendedahan yang dibuat polis Thailand semalam merupakan sesuatu yang mengejutkan dan amat serius.

Katanya, polis sudah memulakan siasatan dan akan mendedahkannya dalam masa terdekat.

"Apa yang didedahkan polis Thailand semalam adalah satu yang amat serius, melibatkan beberapa orang di Malaysia dan kita menjadikan pendedahan polis Thailand itu sebagai satu laporan yang kita jadikan sebagai laporan polis.

"Beberapa individu-individu akan dipanggil untuk memberi keterangan di atas apa yang didedahkan pihak polis Thailand semalam. Ia amat mengejutkan dan amat serius sekali," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis rumah terbuka bersama ketua polis negara di Bukit Aman, Kuala Lumpur .

Terdahulu , Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyerahkan kes tersebut sepenuhnya terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita amat yakin PDRM mendapat kerjasama sebaik-baiknya daripada pihak polis Thailand. Sebarang bukti biar mahkamah yang akan keluarkan mengikut proses perundangan.

"Tetapi kita yakin siasatan akan dilakukan oleh pihak polis itu bergantung kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada siasatan yang dilakukan oleh pihak polis Thailand."

Kelmarin Thailand berkata, warganegara Switzerland itu mengaku memeras ugut bekas majikan Petro Saudi International Ltd (PetroSaudi) akan tetapi menafikan memalsukan dokumen berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).







##





Pihak UMNO yang jumpe pulak camane?Tak perlu nafi jika jumpe kalau ia untuk
Menghentikan ketirisan dan kecurian.

Tapi kena  panggil pihak  umno juga sebab   mau rasuah itu justo

Ahli umno siapa yang beli maklumat dari justo tak minat nak tau juga kah? but you have the 'cheek' to ask pembangkang mengaku. Yang seluruh dunia masih tunggu jawapan najib dan rosmah tentang dakwaan jumlah wang yang besar itu masuk akaun peribadian mengapa tak gesa pasangan jahanam itu jawab dengan segera pulak? berani kah atau nak tukar nama jadi shaberi chicken?

Isu jumpe Justo bukanlah isu besar. Jika Justo memiliki maklumat yang ada kaitan dengan salahlaku, mengapa pertemuan itu dianggap satu kesalahan.

Jangan coba besarkan isu ini tetapi berusahalah untuk membuktikan bahawa salahlaku tersebut sebenarnya tidak benar. Sebagai contoh terdapat juga meneteri yg juga membeli maklumat tetapi maklumat tersebut akhirnya tidak benar. itu sahaja

Kalau ada temu pun ini kerja pembangkang ingin memberhentikan pencurian Najib dan Jho Low. Yang penting fakta fakta yang dikumpul jelas yang banyak wang berbilion bilion dipinjam entah masuk akaun siapa

Orang mencurj Wang rakyat boleh tapi....orang ingin mencari kebenaran didakwa seperti pencuri pulak.......polis pulak yang di ketuai KTN  KBAB 51  jadi barua....pelik la......

Tapi justo tak kata dokumen itu diubah jadi isinya benar orang umno jangan pandai cabar sebab rakyat cabar saman pon belum buat

Nak tanya  Mana isu 1mdb? Mana isu tabung haji, mana isu mara, mana isu kumpulan wang pencen, kwsp dan yg lain2? Orang cerita pasal kapal mau tenggelam, awak jawap pasal mempelam harum manis.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI