ponteng dewan rakyat berkali kali gaji dan elaun tak berani nak sebut duit haram...tapi enak sajer kata ahli yang sertai GHB makan gaji dan elaun haram.....ini fatwa ikut nafsu sendiri ke...?






tikam rakan dalam PR dan lepas tu ponteng parlimen berkali kali...maka khianat rakan dalam PR dan rakyat...tak haram namanya gaji dan elaun ...wahai haji tolol...!!!

Kalau dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), ia membuatkan gaji wakil rakyat PAS haram, bagaimana pula dengan gaji mereka yang hanya mendiamkan diri apabila Pakatan Rakyat (PR) tumbang,?

Nampaknya kepimpinan PAS gagal mengambil berat mengenai rakyat dan gabungan pembangkang. Tidakkah itu bermakna gaji mereka juga haram kerana turut mendapat manfaat daripada sekutu mereka dengan PR sebelum ini.

Isu dimainkan bagi menentang GHB, yang dibentuk satu kumpulan  dalam  PAS tolol wal barua wal broker yang bersekongkol  dengan surat khabar berlidah syaitan  seperti Utusan Malaysia, digunakan bagi menyerang gerakan baharu itu.

Sesuatu yang menyedihkan apabila ada orang daripada parti, yang merupakan sebahagian PR, kini menyerang gerakan baharu ini.

Mereka membuat kenyataan tidak logik, contohnya wakil rakyat yang menyertai GHB makan gaji haram kerana mereka menang pilihan raya atas tiket PAS.

Kita  ingin bertanya mereka, adakah gaji wakil rakyat yang gagal menjaga rakyat dan yang menyerang PR juga haram?

Adakah mereka menang pilihan raya kerana PR atau hanya kerana mereka daripada PAS?.





##




Tiba-tiba Mursyidul Am PAS yang baru keluarkan "fatwa" haram gaji dan elaun jika wakil rakyat PAS menyertai parti lain.

Memang pelik dan teruk sekali kenyataan berkenaan kerana jika demikian, kesemua gaji dan elaun wakil-wakil rakyat PAS yang tidak berpindah parti itulah yang sebenarnya haram kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat. 

Jika mengundi di atas dasar PAS semata-mata, cuba lhat di kerusi-kerusi dimana pertandingan tiga penjuru iaitu di

1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Parlimen Labuan.

Keenam-enam kerusi tersebut akhirnya terlepas kepada Umno/BN! Di Sungai Acheh PAS dengan calonnya Mohd Yusni Mat Piah TELAH HILANG DEPOSIT dengan hanya mendapat 690 undi. Jadi jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas dan PAS kecundang di tempat-tempat yang tidak dibantu rakan dari Pakatan Rakyat. Lagi mahu sembang kencang dan mahu tunjuk sombong. 

Ingatlah  bahawa  calon-calon PAS yang khianat dengan Pakatan Rakyat itulah yang bakal dihukum oleh rakyat. Gaji dan elaun merekalah yang lebih "syubhah".

Baimana pula wakil rakyat PAS yang gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat sepertimana yang diamanahkan? Mengapa Majlis Syura tidak mengeeluarkan hukum tentang gaji dan elaun yang diterimanya? 

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali. 

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST. 

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun! 

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi. 

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie. 

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga.

Lepas tu hebat dan segera pula nak barua, celaka dan mentololkan orang lain.

Nanti akan ketahuilah semua siapa yang barua, celaka dan tolol sebenarnya....


Sebelum muktamar bukan main hentam jebon lah, tolol lah,barua lah dan suruh tubuh parti baru lah
ALIH ALIH bila depa nak tubuh parti baru dah MEROYAN pula Pas ni. Apa benda punya Parti ni. Pas dah jadi Parti Haram Jadah. Tak payah sebok dan meroyan lah pasal GHB tapi terus dgn agenda membantu rakyat la.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI