anak derhaka lempang ibu dari keluarga berhutang keliling pinggang..?



MENYEDIHKAN.. seorang jiran yang tidak tahan melihat seorang warga emas diperlakukan dengan kejam oleh keluarga sendiri, bertindak merakam bukti untuk membantu warga emas terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.






Dalam video yang dimuatnaik di Facebook ApohTecky Numero lantas mencetuskan viral semalam, dapat dilihat warga emas terbabit sedang menyapu sampah di depan rumahnya sebelum ditampar oleh anak perempuannya sendiri dengan kuat di muka.

Menurut perakam, kejadian ini sudah lama disaksikan keluarganya selaku jiran yang amat simpati dengan warga emas tersebut namun tak mampu berbuat apa-apa.


Tambah memilukan, wanita itu seorang yang ceria sebelum bertukar menjadi pemurung malah kepalanya juga dikatakan dibotakkan oleh keluarga sendiri manakala wajahnya kadangkala dilihat mempunyai lebam kesan pukul.

Susulan video yang tersebar ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura telah bertindak pantas menyelamatkan wanita terbabit manakala anaknya ditahan bagi membantu siasatan.


Kejadian dalam video ini berlaku di negara jiran namun tak kisah di pelusuk dunia mana sekali pun, sepatutnya dah jadi fitrah manusia untuk ada perasaan sayangkan ibu yang telah mengandung dan melahirkan mereka.. betul tak? 


SUSULAN insiden seorang wanita tua dirakam telah dilempang dan didera oleh anak perempuannya sendiri, jiran-jiran sekeliling flat mendakwa ianya adalah kejadian yang kerap kali berlaku.

Kejadian dirakam oleh pengguna Facebook ApohTeckyNumero yang menjadi viral pada Isnin itu, membawa kepada tindakan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura yang segera datang membawa warga emas terbabit ke hospital untuk pemeriksaan manakala anak perempuannya disoal siasat.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu pada pagi Selasa, tinjauan wartawan The Straits Times mendapati unit flat yang terletak di Lower Delta Road itu kelihatan berkunci dan terdapat sekeping nota dilekatkan pada pintunya tertulis:



“Bapa saya, Khamis ada hutang banyak orang dan telah melarikan diri. Saya dan mak Kamisah tak tinggal sini. Kami tinggal rumah kawan. Mak saya Kamisah jugak ada hutang orang & jiran saya. Siti pun ada hutang orang & jiran”

Nota itu memaklumkan si bapa banyak berhutang dengan orang dan sudah melarikan diri manakala Siti dan ibunya, Kamisah juga tidak lagi tinggal di situ dan menumpang di rumah kawan. Siti turut mengakui dia dan ibunya juga banyak berhutang.

Menurut jiran sebelah rumah mereka, D.V. Singh,39, Siti dan Kamisah masih tinggal di rumah itu namun tidak lagi pulang sejak malam Isnin lalu selepas Kamisah dibawa pergi menaiki ambulan.

Singh berkata, Siti dan keluarganya pindah menetap di flat itu dua tahun lalu dan telah meminjam kira-kira 5,000 dolar daripadanya.

Dia juga biasa mendengar keluarga itu bertekak pada waktu malam dan terdapat bunyi objek dihentak ke dinding.

Seorang lagi jiran Jacquelin Low,48, memberitahu dia biasa melihat Siti menampar ibunya hingga dua kali seminggu di koridor rumah mereka.

“Si ibu biasanya menyapu atau membersihkan lantai sebelum anaknya yang berdiri di sebelah tiba-tiba menjerit lalu menampar warga emas tersebut,” katanya.400

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI