Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) hanya melindungi pihak berkuasa dalam kerajaan untuk mengamalkan rasuah dan penyelewengan di samping mendakwa mereka yang mendedahan maklumat yang benar sebagai palsu ...!!!



undang undang  kerajaan UMNO...pak cik tuan punya rumah bakal di dakwa kerana tak pasang CCTV  atau guna mangga pintu yang jenis cap ayam punya




undang undang  kerajaan UMNO.....janji  ahli UMNO  dan kroni ....gerenti di lindungi...


Undang-undang yang digubal bagi "melindungi" pemberi maklumat tidak berkesan dan hanya wujud untuk melindungi pihak berkuasa  yang korup daripada didedahkan oleh musuh atau media.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) menghadkan salah laku yang boleh didedahkan dan menghalang mereka yang memohon perlindungan dari akta itu daripada berkongsi maklumat dengan pihak lain.

Itulah sebabnya mengapa ia sesuatu yang mengelirukan apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pemberi maklumat hanya dilindungi oleh undang-undang jika mereka bertindak dengan menggunakan akta itu.

WPA jelas bukan undang-undang perlindungan pemberi maklumat yang wajar, yang digubal untuk menjaga kepentingan awam. Ia tidak juga untuk memerangi rasuah.

Ia digubal bagi meletakkan bakal pemberi maklumat dalam dilema, untuk memberi tekanan kepada mereka supaya melalui prosedur perlindungan pemberi maklumat yang palsu di mana sangat sedikit yang akan dilakukan, dan yang lebih penting, untuk menghalang mereka daripada pergi kepada media atau kepada lawan politik pihak berkuasa."

Tiga "peruntukan yang sangat dipersoalkan" yang bercanggah dengan tujuan sebenar penggubalan undang-undang itu.

Seksyen 6(1) akta itu menyatakan pendedahan tidak akan tertakluk di bawah perlindungan itu sekiranya pendedahan demikian dilarang secara khusus oleh mana-mana undang-undang bertulis, seperti peruntukan kerahsiaan perbankan dan Akta Rahsia Rasmi.

Seksyen 11(1)(d) akta itu menyatakan perlindungan pemberi maklumat dibatalkan sekiranya pendedahan kelakuan tidak wajar mempersoalkan merit dasar kerajaan terutamanya, termasuk dasar sesuatu badan awam.

Sudah pasti peruntukan yang tidak masuk akal, seperti dalam kebanyakan kes salah laku badan awam yang yang serius atau sistemik, ia akan melibatkan mempersoalkan merit dasar kerajaan dan badan awam.

Di bawah Seksyen 8 akta itu, seorang pemberi maklumat boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika ia mendedahkan maklumat sulit kepada pihak ketiga selepas perlindungan itu terbatal.

Jika The Edge menggunakan akta untuk menyampaikan maklumat yang diperolehinya mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan tidak melaporkan melalui media, pihak berkuasa tentu akan melindungi keseluruhan kes itu.

Dengan menggunakan peruntukan yang menindas itu dalam skandal 1MDB, jika The Edge melalui prosedur WPA, adakah kita sangka pihak berkuasa akan tiba-tiba menjadi bebas dan memburu mereka yang melakukan kesalahan?

Adakah budaya kerahsiaan, kekurangan ketelusan dan kebertanggungjawaban akan tiba-tiba hilang?

Tanpa tekanan dari media dan orang awam, keseluruhan skandal 1MDB akan terus didiamkan.

Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri menggantung The Edge dan The Edge Financial Daily berhubung liputan mengenai skandal 1MDB.

Sementara , Khalid  yang kerjanya  asyik menulis di akaun Twitternya, berkata pemberi maklumat hanya dilindungi oleh undang-undang apabila mereka menggunakan saluran yang betul bagi mendedahkan salah laku, memberi amaran yang membuat pendedahan melalui media boleh mengundang huru-hara.

Pihak berkuasa Malaysia dikritik kerana menyekat akses kepada laman pemberi maklumat Sarawak Report, menggantung dua akhbar The Edge itu, dan menyekat perjalanan pemimpin pembangkang yang mengkritik 1MDB daripada meninggalkan negara





##




bila kerajaan di kuasai penjenayah rakyat inilah jadinya...semua peluang untuk mendedahkan dan mendakwa pelaku dari kalangan yang amat berkuasa  mengalahkan nazi di tutupi macam tutup bangkai gajah.

ada ajer akta yang menekan  pemberi maklumat...sewajarnya  dalang  yang menyebabkan kes itu timbul wajar di siasat..ini tidak bagaikan pencuri masuk rumah...tuan rumah kena tangkap..

nampak nya malaysia menuju ke arah negara yang semakin huru hara bila penjenayah VVVIP di lindungi..segala kedajalan yang di lakukan yang semakin di dedahkan hendak di tutup secara paksa dengan pelbagai akta...

sampai tahap mana kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini mampu menahan kesabaran rakyat yang semakin marah dengan kelaku pemimpin  yang rasuah dan pecah amanah yang menyalahguna kuasa undang undang untuk menekan rakyat..

satu masa nanti huru hara akan berlaku juga bila mana natijah dari kerakusan amalan rasuah dan salahguna kuasa telah menyebabkan tahap kehidupan rakyat  menjadi  semakin  sukar akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan  dan ini di tambah lagi dengan pelbagai cukai yang tak masuk akal termasuk GST  di kenakan  untuk menampung  defisit akibat penyelewengan tadi.....


atau satu cara yang tinggal gu;ing kerajaan yang ada dengan apa cara sekali pon...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI