penggantungan The Edge serangan terkini terhadap kebebasan media



the heat..dedah skandal  keborosan  rosmah laki bini pun dah kena dulu




kini...dedah skandal najib laki bini pun kena  jugak



akhbar  menatang itu  tiada teloq untuk mendedahkan penyelewengan kerajaan...tapi bab menfitnah  pembangkang dia no satu...dan di lindungi kerajaan



kah kah kah....yang ini wa setuju....kebebasan bersuara jadi bahan lawak di malaysia...selagi....UMNO memerintah


Serangan terkini terhadap akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily merupakan sebahagian daripada tindakan keras yang lebih besar oleh Putrajaya terhadap kebebasan bersuara,

Penggantungan tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai ke atas The Edge berhubung liputan mengenai skandal yang didakwa melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah kesinambungan dari banyak lagi serangan terhadap media.

Serangan terkini ini adalah rentetan dari banyak lagi serangan ke atas media di Malaysia; stesen radio dan laman berita online diberi amaran, dan wartawan juga ditangkap dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Jangan kita lupa betapa ramai lagi ahli politik, aktivis, malah juga kartunis yang sedang dihadap ke mahkamah dibawah Akta Hasutan hanya kerana mereka berani bersuara.

Soalnya, adakah Malaysia kini berada di "tepi jurang" yang terbina akibat "keangkuhan" selama berdekad lama.

Walaupun hari-hari mendatang kelihatan kelam, kita  menyeru rakyat Malaysia tidak patah semangat. Inilah satu-satunya Malaysia yang kita ada. Ketepikan perbezaan dan marilah kita sama-sama bangkit untuk menyelamatkannya.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan ketika rakyat mendambakan jawapan, hak kebebasan rakyat untuk bersuara diinjak-injak.

Tidak syak lagi serangan terkini ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan media akan merosakkan lagi imej Malaysia di mata dunia.

Kita amat kecewa dan sedih dengan penggantungan itu hanya kerana kedua-dua akhbar tersebut menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai media.

Setiap pagi Sabtu, sudah menjadi kebiasaan kebanyakan rakyat  membaca akhbar The Edge Weekly. Rencana-rencana mengenai perniagaan, ekonomi dan politik di Malaysia amat teliti dan ditulis dengan cermat.

Rencananya menyumbang kepada suatu perbincangan yang ilmiah bagi memastikan demokrasi di Malaysia diamalkan secara sihat. Namun hari ini,kita semua , seperti juga ribuan ahli perniagaan, malah rakyat Malaysia amnya, tidak dapat menjalani rutin ini lagi.

Pentadbiran negara yang  kuku besi kelihatan seperti bukan sahaja takut kepada kebenaran, malah begitu takut kepada rakyat yang berani mempersoalkan kewibawaan kerajaan.

Surat dari Kementerian Dalam Negeri menyatakan liputan penerbitan itu mengenai 1MDB "memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau negara."

Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group dan penerbit Ho Kay Tat berkata mereka akan mencabar penggantungan itu di mahkamah dan akan memfailkan semakan kehakiman pada Isnin.

1MDB amat sensitif bagi kerajaan, kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihatnya dan juga mengetuai Kementerian Kewangan, yang memiliki 1MDB.

Beliau juga dikaitkan dengan dakwaan yang wang dari entiti berkaitan 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Beliau tidak menjawab dakwaan itu secara langsung tetapi hanya menafikan mengambil dana awam untuk "kepentingan peribadi".





##





Di Malaysia sudah menjadi kelaziman pembangkang tidak diberi ruang untuk muncul didalam media perdana kecuali dalam laporan-laporan yang tidak menyebelahi pembangkang. Perbuatan parti pemerintah menghalang pembangkang daripada menyatakan pendirian mereka ini sudah menjadi amalan biasa kepada parti pemerintah.

Jika ada media yang memberi ruang kepada mana-mana pihak yang dianggap tidak memihak kepada parti pemerintah mereka akan menerima nasib seperti mana The Edge ini. Keadaan ini kekal selagi BN menjadi pemerintah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI