kerajaan malaysia terlalu maju ke depan dalam bab mengintip.....kini didakwa menggunakan perisian Spyware Hacking Team




Hacking Team, sebuah syarikat yang menghasilkan aplikasi spyware digodam kelmarin  dan data rahsia mereka sebesar 400 Gigabyte kini dikongsi di atas talian. Syarikat yang berpangkalan di Itali ini menghasilkan program yang diberi nama Da Vinci yang membolehkan intipan dilakukan pada komputer yang dijangkiti program ini. Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggang jawab menggodam Hacking Team tetapi pihak Anonymous adalah antara suspek utama kerana mereka berkongsi tentang godaman ini sejak semalam.

Kerajaan Malaysia adalah antara negara yang di dakwa  membeli perisian Da Vinci dari Hacking Team. Dari beberapa dokumen yang diperolehi oleh mereka, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Malaysian Intelligence (berkemungkinan Special Branch PDRM) dan Pejabat Perdana Menteri adalah tiga pelanggan program Hacking Team di Malaysia.

Penggunaannya di Pejabat Perdana Menteri dipercayai adalah untuk kegunaan Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang merupakan agensi risikan ke atas negara asing. Diantara ketiga-tiga badan di atas hanya Pejabat Perdana Menteri dan Malaysian Intelligence masih aktif menggunakan perisian ini. Lesen penggunaan oleh SPRM sudah luput sejak Januari 2014.

Apakah yang mampu dilakukan oleh program spyware yang digunakan? Ia mampu merakam perbualan Skype, membuat salinan dokumen, mencuri kata laluan dan juga membawa email dari komputer yang dijangkiti spyware. Pada masa yang sama kemampuan merakam dari WebCam boleh dilakukan secara rahsia.

Laporan Wikileaks Edward Snowden yang mengatakan Malaysia sudah menggunakan perisian spyware sejak tahun 2013 untuk mempertingkatkan kemampuan intipan. Selain daripada Malaysia, Thailand dan Singapura adalah dua lagi negara di Asia Tenggara yang didakwa melanggan program intipan ini.

Di Thailand ia digunakan oleh pihak Polis Thailand manakala di Singapura pula oleh Penguasa Pembangunan Infokom Singapura (iDA). Penggunaan program intipan seperti Da Vinci adalah sah disisi undang-undang dan boleh digunakan sebagai bukti untuk pendakwaan kes sekiranya alasan yang sah diberikan.

Ini bukanlah kali pertama isu ini dibangkitkan kerana pada tahun 2013, terdapat juga isu Pelayan Finspy yang dikenalpasti di Malaysia, satu lagi spyware yang digunakan bagi memantau pengguna dalam membanteras jenayah.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI