bior betul... wujud pulak Facebook versi “Bebas Dosa” untuk golongan beriman dilancarkan di Brazil....tambah dosa adalah...!!!




Laman sosial seperti Facebook dipenuhi pelbagai cabaran terutamanya ketika bulan puasa. Ada sahaja insan yang merasakan video kemalangan maut dengan tubuh berkecai ataupun jasad separa bogel anak kecil mangsa dera sesuai dikongsi di laman sosial.

Ketika bulan puasa juga ada insan yang berkongsi pautan komentar menteri yang kurang sensitif dengan kesukaran rakyat sehingga mengundang makian. Tidak dapat dinafikan media sosial sebenarnya banyak memberikan kesan negatif kepada masyarakat.

Sekiranya anda masih mahu bermedia sosial tetapi mahu bebas dari sebarang “dosa”,Faceglória adalah antara alternatif yang wujud. Laman dari Brazil ini dicipta oleh Atilla Barros yang bosan dengan paparan gambar seksi, status dipenuhi carutan dan juga agenda pro LBGT pada laman seperti Facebook.

Golongan yang disasarkan Faceglória ialah pengaut Kristian Evengelikal yang dianuti 22% penduduk Brazil. Setakat ini terdapat lebih daripada 100 000 pengguna telah berdaftar untuk menggunakan laman sosial ini. Bagi memastikan kesucian laman, 20 sukarelawan dilantik untuk memadam kandungan yang dirasakan kurang sesuai untuk Faceglória. Setakat ini sebanyak 600 perkataan juga telah dimasukkan ke dalam pangkalan data perkataan yang diharamkan penggunaannya.


Selain memastikan kandungan yang mematuhi peraturan agama, Faceglória menggantikan butang Like dengan butang Amen. Idea menghasilkan laman media sosial yang mematuhi hukum agama bukanlah perkara baru. Pada tahun 2010 Milat Facebook dilancarkan di Pakistan sebagai alternatif kepada Facebook.

Pada tahun tersebut Facebook membenarkan laman yang menggalakkan warga Facebook untuk melukis wajah Nabi Muhammad SAW. Laman Milat Facebook masih wujud sehingga sekarang dengan penjenamaan semula kepada MyMFB.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI