cerita sebenar apa yang berlaku KES AMUK dI plaza low yatt





















ikut pemimpin negara jugak...kalau pemimpin negara sendiri  curi duit rakyat pun boleh tunjuk perangai samseng...inikan pengikutnya  pulak...!!!

Kes amuk di Low Yat yang  kini   sepatutnya  melibatkan antara pekedai, pelanggan dan pihak berkuasa nampaknya menjadi semakin hangat dan boleh menggugat ketenteraman, keharmonian dan keamanan negara kita. Namun  kekerasan bukanlah jalan yang betul dan terbaik untuk menyelesaikan kes ini sebaliknya serahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan tanggung jawab dan amanah yang diberikan.

Pelbagai tuduhan dan kecurigaan serta persepsi dilemparkan orang ramai terutamanya melalui media sosial dan blog tentang apa yang berlaku ini tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Ramai yang terlalu mudah percaya dengan khabar angin melalui Facebook, Whatsapp, dan lain-lain yang lebih sengaja memarakkan lagi api kemarahan orang ramai dengan menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan diputar belit.

Satu aduan Polis telah dibuat oleh seorang penjual, See Ming Ho, 28, yang secara tidak langsung menerima kesan dari kejadian yang berlaku di Lowyat, kelmarin.

BERNAMA pula merujuk See Ming Ho sebagai pemilik kedai Lenovo yang berada berhampiran KFC. Jika anda biasa ke Low Yat, anda pasti tahu lokasi kedai Lenovo tersebut yang memerlukan anda naik beberapa anak tangga berhadapan dengan Samsung.

Menurut penerangan See Ming Ho, kejadian tersebut berpunca dari seorang lelaki yang berpura-pura ingin membeli sebuah smartphone jenis Lenovo S860. Namun ketika See Ming Ho ingin mengambil "free gift" yang datang sekali bersama phone tersebut, lelaki tersebut telahpun hilang bersama phone jenis Lenovo S860 tersebut. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5:30 petang kelmarin.

    "Saya jerit dan didengari oleh staff Oppo yang kemudiannya menghalang suspek daripada keluar dari bangunan", jelas See Ming Ho.


Sesiapa yang biasa dan pernah ke Plaza Low Yat pasti akan tahu kedai Oppo ini berada hampir di pintu utama Low Yat arah nak ke Starbucks.

Bagaimanapun menurut The Star Online, Lenovo S860 yang berharga RM799 itu tidak dijumpai bersama suspek yang ditangkap dengan bantuan pekerja Oppo itu.

See Ming Ho telahpun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. Menurutnya, penilaian orang ramai tentang kes ini bermula dari kedai Oppo yang telah menjual phone tiruan adalah tidak benar

"Mereka hanya membantu saya menangkap lelaki itu. Dia mencuri dari kedai saya (Lenovo)", jelas See Ming Ho.

Menurutnya suspek, seorang lelaki yang tidak berpuas hati datang kembali ke Low Yat bersama sekumpulan kawannya dan menyerang pekerja dan premis Oppo.

Pihak Polis menjelaskan kerugian melebihi RM70,000 dicatatkan apabila kumpulan tersebut menebalikkan kabinet dan juga meja pameran phone yang berada di kedai tersebut. Seorang suspek kini berada dalam siasatan pihak Polis dan selebihnya masih dikesan.

Jadi kisahnya di sini, kedai OPPO mahupun pekerja OPPO langsung tidak bersalah di mana hanya membantu memberkas suspek yang didakwa mencuri phone Lenovo S860 tersebut seperti yang didakwa.

Kita  tidak mahu memihak kepada sesiapa cumanya harapan kami agar pihak berkuasa segera meneliti dan menangkap pihak yang bersalah di mana secara tidak langsung menghentikan semua kekcohan yang melanda negara dikala negara sibuk melalui pelbagai isu lain yang masih tidak berkesudahan.

Sementara itu akhbar New Strait Times memetik satu kenyataan pihak Polis bahawa kes ini telahpun dapat diselesaikan. Pihak Polis menjelaskan kepada NST bahawa melalui siasatan terperinci yang dilakukan, suspek, seorang lelaki berusia 22 tahun ini telah mencuri sebuah telefon pintar yang membuatkan dia ditahan oleh para pekerja Low Yat yang lain.

Pihak Polis yang telah menilai semua rakaman CCTV menunjukkan suspek sedang berbincang dengan penjual phone Lenovo tersebut sebelum mengambil phone dan cuba berlalu pergi ketika peniaga tersebut tidak melihatnya.

Kes ini seharusnya tidak melibatkan perkauman tetapi sebaliknya orang ramai harus melihat kes ini sebagai kes jenayah.

Selepas ini, biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan kerja yang telah diamanahkan rakyat kepada mereka.

Pergaduhan membabitkan isu perkauman jelas tidak memberikan kebaikan kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan penuh mulia ini, banyak-banyakkan bersabar dan teruslah berfikiran positif selalu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI