skandal perakaunan, presiden toshiba pilih letak jawatan....skandal 1 MDB ...PM malaysia suruh orang lain letak jawatan...kepala batu dan terjal ini worang maaa...kah kah kah....!!!




KETUA Eksekutif dan Presiden Toshiba, Hisao Tanaka mengejutkan ramai apabila memilih untuk melepaskan jawatan yang disandang susulan syarikat terkemuka itu didapati mengalami lebihan keuntungan bagi tempoh enam tahun yang lalu.

Malah, Naib Pengerusi Toshiba, Norio juga dilaporkan tampil meletakkan jawatannya.

Sebelum ini, sebuah panel bebas yang dilantik oleh Toshiba mendakwa firma itu memiliki lebihan keuntungan operasi sekitar RM4.6 bilion ($1.22 bilion).

Menurut laporan BBC, lebihan yang dimiliki itu menyamai kira-kira tiga kali ganda anggaran awal daripada Toshiba.

“Laporan itu mendedahkan bahawa terdapat perakaunan yang tidak wajar berlaku untuk masa yang lama, dan kami amat memohon maaf kerana menyebabkan masalah serius ini kepada pemegang saham dan pemegang kepentingan yang lain.

“Berikutan itu, Presiden syarikat Hisao Tanaka dan Naib Pengerusi syarikat kami Norio Sasaki akan meletak jawatan hari ini,” kata wakil syarikat Toshiba dalam satu kenyataan.

Difahamkan, jawatan Presiden akan diganti oleh Pengerusi Toshiba, Masashi Muromachi.

Tanaka, 64, dan Sasaki, 66, menyertai Toshiba pada awal 1970-an.

Skandal perakauan Toshiba terbongkar apabila pengawal selia sekuriti menyiasat kunci kira-kira syarikat itu sejak awal tahun ini.

Penemuan itu memerlukan Toshiba menyatakan semula keuntungannya yang diperolehi bagi tempoh antara April 2008 dan Mac 2014.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan Taro Aso berkata skandal kewangan yang berlaku ini boleh menggugat keyakinan dalam tadbir urus korporat di Jepun.





berbeza  dengan di malaysia....di kaitkan dengan pelbagai skandal...tapi kepala batu enggan letak jawatan.....tapi suruh orang lain letak jawatan jika enggan bersekongkol dengannya....macam sial...


Letak jawatan jika tidak bersama  bersekongkol  sapu duit  rakyat 1 MDB







About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI