Sabah, kerajaan pusat rugi berbilion ringgit ..pasal ini kot.....kah kah kah..!!!

Sabah, kerajaan pusat rugi berbilion ringgit kerana rasuah, kata SPRM



salah satu punca rugi berbilion ...bila rosmah sendiri jadi dalang...siapa mahu halang...kah kah kah

Sebanyak 1,632 akaun bernilai RM560 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dalam operasi bersepadu membanteras kegiatan rasuah, penyelewengan diesel bersubsidi dan penyeludupan rokok dan arak di Sabah, melibatkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan persekutuan dan kerajan negeri Sabah.

Menurut Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah, serbuan tersebut dilakukan hasil siasatan terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat perisikan bersama agensi lain yang terlibat.

"Dalam serbuan itu, ia turut melibatkan rampasan wang tunai barang kemas bernilai lebih RM1 juta.

"Adalah dipercayai bahawa perlakuan rasuah ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak berbilion ringgit kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sabah," katanya.

Serbuan dilakukan serentak ke atas 43 lokasi di Tawau, Sandakan, Keningau, Kota Kinabalu, Labuan dan Semporna yang disyaki wujud rasuah, penyeludupan rokok dan arak dan penyelewengan diesel bersubsidi, serta perbuatan mengelak cukai, katanya.

Operasi itu melibatkan sekurang-kurangnya 420 orang pegawai dan anggota diketuai SPRM dengan kerjasama pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Pasukan Gerakan Am, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 12 Mei, SPRM dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan persekutuan dan negeri melancarkan serbuan ke atas 49 lokasi di seluruh Sarawak bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan  dan penebangan hutan secara haram.

Operasi dinamakan "Ops Gergaji" itu membekukan sebanyak 519 akaun syarikat dan individu bernilai hampir RM700 juta.




##



Setakat bagi statement macam nih....layaknya nak membodohkan rakyat terutamanya  makcik makcik felda  dan macai macai  mangkuk bertingkat tingkat yang kononnya  SPRM nih buat kerja..

Semua orang pun tau yang SPRM ini adalah anjing kerajaan  yang kerjanya menyelamatkan kroni dan hanya berani menangkap dan mendakwa  ikan ikan bilis ajer...

tak caya baca di bawah nih...siap kata  kebodohan dan kecuaian tak boleh di dakwa lagi...bodoh nya SPRM,,,kewujudan nya tidak di perlukan lagi kalau setakat jadi pekakas kerajaan BN...


Skandal NFC yang melibatkan kroni rosmah  mansor bini najib  telah mendapat perhatian daripada semua pihak terutama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ...so mana hasil siasatannya


tak ada telor...Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka. 


Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.


patutlah negara bakal bangkrap...hutang makin meningkat ..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI