bas ‘Lahanat’ halau Budak Tahfiz....!!!




Inilah yang dikatakan ‘rambut sama hitam, tapi hati lain-lain’.

Hari ini gempar bila  tindakan seorang pemandu bas didakwa bersikap kejam meninggalkan anak-anak tahfiz di tepi jalan hanya kerana dia ditegur kerana menayangkan DVD lagu dangdut dalam bas yang dipandunya...!

Difahamkan, ketika kejadian sekumpulan anak-anak tahfiz (yang dipercayai juga kumpulan anak yatim)  sedang dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka dengan menggunakan khidmat bas tersebut.

Semuanya bermula apabila pemandu bas yang langsung tidak sensitif memasang DVD lagu dangdut hingga menimbulkan rasa kurang senang anak-anak tahfiz berkenaan.

Ekoran itu, salah seorang daripada anak-anak tahfiz  meminta DVD lagu dangdut itu dihentikan.

Akibat berang dengan permintaaan tersebut, pemandu beragama Islam berkenaan bertindak menghentikan bas yang dibawanya dan kemudian menghalau semua anak-anak tahfiz berkenaan turun dari bas.

Berikutan itu, seorang netizen yang dikenali sebagai Durratun Nurin mendedahkan peristiwa tersebut dalam laman Facebooknya.



“Sedih bila orang Islam sendiri buat anak-anak yatim dan fakir macam ni. Kau jangan lupa, doa anak-anak yatim yang dianiaya ini mudah makbul.

“Dah call banyak kali tapi tak angkat. Sewa bas bukan murah. Ikutkan hati nak je doa biar driver tu accident mati masuk gaung,” tulisnya.

Tambah Durratun, mereka bagaimanapun bernasib baik apabila sebuah lori sudi untuk menumpangkan anak-anak tahfiz berkenaan.

Perkara ini turut dilaporkan kepada pihak polis dan kes sedang disiasat.

Pihak syarikat ketika itu enggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan dan hanya memberitahu mereka sedang bermesyuarat dengan pihak polis .


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI