SPRM nih buat kerja merapu.....lain yang patut di ambil tindakan lain pulak yang jadi mangsa....banggang...pembodek tegar nak tunjuk konon buat kerja lah tu... kes .taib mahmud pun tak ada telor nak di ambil tindakan....!!!!

SPRM keterlaluan beku akaun, kata pengusaha balak dan sawit Sarawak



Persatuan Pembalak Sarawak dan Pemilik Perladangan Minyak Kelapa Sawit Sarawak kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia beku akaun syarikat dan individu dalam operasi banteras pembalakan haram.

Gabungan pengusaha balak dan minyak sawit di Sarawak kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan lebih 500 akaun syarikat dan individu dalam operasi bersepadu membanteras pembalakan haram.

Persatuan Pembalak Sarawak (STA) dan Persatuan Pemilik Perladangan Minyak Kelapa Sawit Sarawak (Soppoa) berkata tindakan SPRM membekukan lebih RM700 juta dalam "Ops Gergaji" "ekstrem dan mengganggu".

Pengerusi STA Datuk Wong Kie Yik dilaporkan berkata, tindakan itu menjejaskan operasi seharian ahli syarikat yang tidak terlibat dalam urusan jual beli balak.

 "Ini menjejaskan beberapa syarikat apabila mereka tidak mampu membayar gaji kontraktor, sub kontraktor, pembekal dan pekerja mereka. Apatah lagi perayaan Gawai Dayak hampir tiba," katanya dalam satu kenyataan.

Wong berkata, cara yang digunakan SPRM membanteras pembalakan haram kali ini "tidak munasabah" dan "tiada belas kasihan".

Memetik kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang menyeru SPRM membuka akaun syarikat supaya dapat membayar gaji pekerja.

Wong berkata, syarikat juga berdepan masalah undang-undang ‎apabila tidak mampu membayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ditambah pula dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sappoa menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana ada akaun syarikat yang dibekukan hanya kerana pengarah bertindih.

Terdahulu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satim menggesa SPRM mempertimbangkan supaya melepaskan syarikat yang dibekukan akaunnya bagi yang tidak terlibat dengan pembalakan haram.

Adenan berkata, syarikat dan individu dinasihatkan berbincang dengan pejabat SPRM di tempat mereka bagi membolehkan majikan membayar gaji pekerja.

"Tujuan undang-undang dibuat bukan hanya untuk menghukum pesalah tetapi melindungi pihak yang tidak bersalah," katanya






##



Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jatuh ke tahap paling rendah apabila dua pegawainya tersasul dalam satu sidang media mengenai kegagalan suruhanjaya itu menyiasat bagaimana Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud menimbun harta kekayaannya.



raja penyanggak penjarah  rakyat sarawak  tak mampu nak siasat dan dakwa...nak tunjuk dia buat kerja ...orang lain yang jadi mangsa...SPRM tukar nama apa pun ..tara guna..kerja pengampu  bodek dan melindungi orang politik yang berkuasa terutamanya dari kroni UMNO/BN..

kes sprm nih banyak tak leh pakai...selain bunuh orang di banggunan SPRM...atas arahan PM Rosmah bini najib...SPRM nih tak mampu siasat kemampuan luar biasa anak tiri rosmah beli harta di new york dan bikin  filem lucah...



tokeh filem lucah anak rosmah ....SPRM tak der teloq nak siasat...

kalau kakitangan kerajaan yang lain belanja melebihi  pendapatan ....laju macam sial  nak siasat...

SPRM berani siasat anak Rosmah?

kesimpulan nya SPRM adalah badan pondan kerajaan...tak lain perabih duit rakyat bayar gaji buta kakitangannya...yang di siasat ikan bilis ...jerung...?..terkucil teloq di picit rosmah...kah kah kah...!!!


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI