penyeluk saku makin ganas








PARIS — Pernah ditutup ketika Perang Dunia Kedua, namun pada Jumaat, Menara Eiffel, mercu tanda ibu kota Perancis itu sekali lagi terpaksa ditutup gara-gara mogok petugas yang bimbang ancaman serius penyeluk saku.

Media tempatan pada Sabtu melaporkan, insiden penutupan yang dianggap sebagai aneh itu adalah kemuncak perasaan takut para pekerja menara ke-27 tertinggi di dunia tersebut ekoran masalah jenayah berkenaan.

Mogok selama sehari itu melibatkan semua pegawai menara juga sebagai tanda protes terhadap peningkatan bilangan penyeluk saku beroperasi secara terbuka dan semakin berani bertindak agresif ke atas mereka sendiri.

Pekerja Menara Eiffel meminta pihak pengurusan menara setinggi 324 meter itu mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah yang kini tidak segan-silu melakukan serangan terhadap mereka selain para pengunjung.

Seorang pegawai memberitahu agensi berita AFP bahawa sekumpulan penyeluk — yang biasanya terdiri daripada empat atau lima orang; sehingga kini membentuk 30 kumpulan bebas berkeliaran di sekitar kompleks menara.

Dia sendiri malah mengaku pernah diancam dengan ugutan ketika cuba mengejar salah seorang penyeluk profesional sepenuh masa di menara ikonik Paris itu yang dibuka kepada orang awam sejak tahun 1889 lalu.


“Penyeluk tersebut dengan angkuh memberi amaran kepada saya, kalau saya masih lagi mengganggu dia, maka saya akan mendapat masalah lebih serius tidak lama lagi,” kata pegawai itu yang enggan identitinya dikenali.

Penutupan menara waima hanya sehari bagaimanapun membuatkan ramai pelancong berasa kecewa, walhal setiap tahun lebih tujuh juta orang berkunjung ke menara bersempena nama jurutera Alexandre Gustave Eiffel itu.

“Hari ini adalah satu-satunya kesempatan bagi saudara saya mengunjungi Menara Eiffel,” kata Tushar Kardile, warga Britain dari London yang sanggup terbang dari India ke Paris semata-mata hendak melihat menara itu.

“Saya dan saudara saya sudah pun menempah tiket masuk lebih awal untuk menyaksikan secara dekat menara ini dan panorama indah kota Paris… memang kami berasa kecewa apabila dimaklumkan ada mogok,” kata Kardile.

Pihak pengurusan yang bertanggung jawab atas isu keselamatan Menara Eiffel menegaskan, mereka bekerjasama dengan polis Perancis untuk memastikan keselamatan para pekerja dan pelancong daripada penjenayah.

Masalah penyeluk saku memang diketahui umum berleluasa di Paris, khasnya destinasi tumpuan pelancong asing dan pihak berkuasa turut memasang banyak papan tanda amaran di ‘zon panas’

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI