mengapa superman pakai seluar dalam di luar di dedah







NEW YORK — Pemakaian seluar dalam di luar oleh Superman barang kali menjadi bahan sinis ramai orang sepanjang masa di seluruh dunia. Namun dari manakah idea pakaian pelik si adi wira ini boleh muncul?

Di Amerika Syarikat (AS), salah satu jawapan logik dari sindiran tersebut adalah kerana pahlawan ini kehilangan orang tua ketika masih kecil, sehingga tiada sesiapa beritahu mereka bahawa seluar itu harus dipakai di dalam!

Rahsianya didedahkan mendiang Julius Schwartz, editor terkenal syarikat penerbitan DC Comics dari 1944 hingga 1986 yang mempopularkan watak Batman dan memperkenalkan Barbara Gordon sebagai versi baharu Batgirl.

Beliau juga bertanggungjawab menyunting kisah adi wira dengan seluar dalam di luar, Superman. Menurut Schwartz, model baju pahlawan ini diambil daripada model pemain sarkis dan ahli gusti pada masa tersebut.

Rasional beliau cukup mudah, memang diketahui bahawa pemain sarkis dan gusti ini sebenarnya tidak memakai seluar dalam di luar, tetapi seumpama celana pendek ketat, yang dipakai di atas seperti kain legging mereka.

Justeru pemakaian seluar dalam di luar disesuaikan dengan situasi pahlawan super ini kebetulan memiliki tubuh sasa ala atlet gimnastik yang mengagumkan serta mampu melakukan akrobatik sambil melawan si penjahat.



Pada zaman itu, memang wajar dan bukan satu kesalahan pun apabila para pencipta karakter adi wira ini terpaksa mengadaptasi kostum berasaskan format pakaian yang digunakan oleh pemain sarkis dan gusti era tersebut.

Selain Superman dan Batman, pahlawan super generasi awal yang juga mengenakan model pakaian serupa iaitu seluar dalam di luar ialah Flash Gordon yang diciptakan Alex Raymond pada 1934 menerusi majalah Comic Strip.

Kecuali Captain America yang dihasilkan Joe Simon pada 1941 dan Spiderman ciptaan Stan Lee pada 1962; kedua-duanya menerusi Marvel Comics lebih beradab: seluar dalam tetap di dalam!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI