pejuang IS kuasai hampir separuh dari syria dan menguasai sempadan iraq -syria




DAMSYIK – Kumpulan pejuang  Islamic State (IS) menguasai sempadan Iraq-Syria kelmarin selepas berjaya menawan ibu negeri di wilayah Anbar dan tapak bersejarah Palmyra.

Malah, pengebom berani mati IS yang menyerang sebuah masjid Syiah di Arab Saudi sehingga menyebabkan 21 orang mati dan 81 orang cedera turut mencetuskan kebimbangan mengenai kemaraan pejuang berkenaan.

Kumpulan pejuang  IS yang mengisytiharkan pemerintahan ‘khalifah’ itu kini menguasai hampir separuh daripada Syria selepas menawan lintasan Al-Tanaf iaitu lebuh raya yang meng­hubungkan Damsyik-Baghdad lewat Khamis lalu.

Sebelum itu, IS berjaya menawan Ramadi yang merupakan pusat pentadbiran wilayah Anbar dan bandar Palmyra yang me­nyimpan khazanah bersejarah.

IS sekarang menguasai lebih 95,000 kilometer persegi kawasan di Syria iaitu merangkumi kira-kira 50 peratus wilayah di negara itu,” kata jurucakap Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Keadaan itu bermakna, kerajaan Syria di bawah Presiden Bashar al-Assad cuma menguasai sekitar 22 peratus kawasan di Syria kerana beberapa kawasan lain dikuasai oleh pemberontak seperti Al-Nusra Front.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 55,000 penduduk meninggalkan bandar Ramadi selepas ditawan oleh pejuang  IS.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI