Semua parti komponen BN beri sokongan penuh kepada Najib, kata Musa
patotlah sokong....satu team ma...ngko gasak balak...najib pulak gasak duit 1 mdb....dasar penyanggak...!!!
Sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan daripada Umno sahaja, sebaliknya sokongan padu dizahirkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman
Beliau berkata, sokongan padu terhadap pemimpin nombor satu negara itu disuarakan pemimpin parti komponen BN semasa perbincangan mereka baru-baru ini.
"Saya berbincang dengan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan beliau menyatakan sokongan padu terhadap Najib.
"Begitu juga dengan presiden parti komponen lain. Mereka turut menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap perdana menteri," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah Bersama Perdana Menteri di Padang Bandaran Tawau, di Tawau hari ini.
Musa juga berkata, semua pemimpin parti komponen BN di negeri ini sentiasa bekerjasama dan bersatu hati terhadap sesuatu perkara, termasuk untuk menyelesaikan sekiranya ada masalah yang timbul.
"Walaupun kadang-kadang ada permasalahan, kita akan bekerjasama dan berbincang untuk cuba mencari jalan penyelesaian... tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan," katanya.
Pada masa sama Musa meminta semua rakyat Sabah terus memberi sokongan dan sentiasa berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan negara.
"Kerajaan memberi banyak peruntukan kepada Sabah termasuk peruntukan besar kepada Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), demi menjaga keselamatan di negeri ini.
"Oleh itu kita perlu bersyukur, setia dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perdana menteri yang sentiasa prihatin, demi kesejahteraan seluruh rakyat Sabah," katanya.
Antara yang turut hadir dalam perhimpunan itu, 3 timbalan ketua menteri Sabah iaitu Pairin, Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
##
biasalah mengampu untuk mendapat udang disebalik mee....kepala skandal dan kaki skandal kaw tim ma....i help u...u help mee....sama sama team penyamun....kaki kebas wang rakyat...
tengok nih bagai mana musa aman pendatang dari pakistan nih rembat duit balak ...
Siasat Musa Aman, skandal wang seludup RM40j untuk Umno Sabah
Polis perlu membuka kembali kes skandal penyeludupan wang haram berjumlah RM40 juta untuk Umno Sabah yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman
Akhbar terbesar Hong Kong lapor skandal RM40 juta Musa Aman
Skandal rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia mendapat liputan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di Hong Kong – South China Morning Post.
kalau betul2 nak tengok ada sokongan atau tidak, cuba beri laluan untuk salah seorang ahli dewan rakyat membuat usul ' undi tak percaya'. time tu kita tengok berapa orang ahli Parlimen yg masih sokong Najib.
musa aman KM sabah kepala skandal balak RM 40 juta kata semua komponen pembodek tegar penyamun BN sokong najib kaki kelentong....elok la...penyamun ,penyanggak dan kaki kelentong memang sekapal...!!!
12:40 PG
kaum penyamun
,
kaw tim
,
najib kaki kelentong
,
perompak rakyat
,
politik
,
politik kotor
,
skandal musa aman
,
skandal najib
,
sokongan
Edit
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI