FMC busukkan nama 10 kelab my vii yang lain...




SEPULUH Kelab Myvi akan membuat laporan polis ekoran rasa teraniaya akibat terpalit dengan kes berkaitan Kelab Familia Myvi (FMC) yang terlibat dengan kemalangan di lebuhraya Duke dua minggu lalu.

Selain rasa teraniaya, laporan dibuat bagi menjelaskan bahawa FMC tidak ada kena mengena dengan Kelab Myvi 1Malaysia.

“Kami juga tidak berpuas hati dengan page Facebook palsu Familia Myvi Club Official dan Yana Myvi FMC Fans kerana menggunakan gambar ahli kelab Myvi lain yang tiada kena mengena dengan FMC di page tersebut,” ujar Presiden Gila Myvi Club (GMC) dikenali sebagai Afiq .

Ekoran itu, laporan polis bakal dibuat oleh sepuluh Presiden Kelab Myvi antaranya Destroyer Of Myvi Club (DOMC), Youngster Myvi Club (YMC), Myvi Generation CLub (MGT), Myvi Club Extreme (MYX), Active Myvi Club (AMC) dan Underdon Myvi Club (UMC) di Balai Polis Dang Wangi jam 11 pagi, Rabu ini.

Difahamkan, mengikut perancangan awal laporan polis akan dilakukan pada Isnin namun ditukar tarikh selepas diminta oleh keluarga mangsa nahas yang akan ikut serta ketika laporan dibuat.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI