ingat pegang cangkuk untuk meragut...rupanya pegang wayar...!!!





Satu gambar diambil seorang pengguna jalan raya yang sangsi dengan seorang pembonceng motosikal kerana dilihat seolah-olah sedang memegang ‘hook’ atau cangkuk besi.

Terpanggil untuk memberi amaran akan kejadian yang tidak diingini, individu tersebut menyebarkan gambar tersebut di media sosial.

Di harap  lebih ramai pengguna dapat berkongsi gambar itu sebagai peringatan kepada penunggang motosikal lain supaya lebih berhati-hati dengan tindak-tanduk peragut yang mempunyai pelbagai taktik.



Sekumpulan anggota polis yang memeriksa penunggang dan pembonceng tersebut mendapati ia hanyalah wayar dan bukanlah cangkuk seperti didakwa.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan polis terhadap individu terbabit mendapati dia tidak memegang cangkuk seperti didakwa pihak berkenaan.

Syabas buat pihak berkuasa yang mengambil tindakan pantas dengan menyiasat kes berkenaan sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Walaupun kes itu tidak benar, namun para penunggang dan pembonceng harus tetap berwaspada terutamanya yang membawa tas tangan dan beg.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI