di indon bekas menteri di tahan kerana rasuah...di malaysia....menteri pencuri lembu di lantik penasihat laki PM Rosmah...!!!



Jakarta: Seorang bekas menteri Indonesia, Jero Wacik kelmarin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) selepas menyerah diri untuk disoal siasat berhubung dua tuduhan rasuah.

Jero kelihatan tenang ketika tiba di ibu pejabat KPK di Jakarta Selatan untuk disoal siasat.

“KPK meminta saya hadir ke sini dan saya hadir sebagai rakyat yang bekerjasama serta patuh pada undang-undang,” kata Jero kepada sekumpulan wartawan.

Selepas beberapa jam masuk ke bangunan berkenaan, Jero dilihat keluar dengan memakai baju lokap berwarna oren dan diiringi beberapa pegawai KPK.

KPK sudah tiga kali memanggil Jero untuk disoal siasat tetapi beliau enggan hadir dengan alasan sudah menghantar satu permohonan di mahkamah bagi mencabar tuduhan rasuah terhadapnya.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Sihar Purba pada minggu lalu.

Jero didakwa mengabaikan kuasanya ketika di Kementerian Pelancongan pada 2004 hingga 2009 sehingga menyebabkan kerugian kepada negara berjumlah Rp 7 bilion (RM1.92 juta).

Beliau juga didakwa melakukan peras ugut ketika menjadi Menteri Tenaga dari 2011 hingga 2014.
Pendakwa raya KPK menuduh Jero memperoleh Rp 10 bilion (RM2.74 juta) sepanjang penggal itu.





##










Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Naib Ketua Wanita UMNO

Dulu semasa memfailkan saman RM100 juta terhadap Pengarah Strategi PKR YB Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR YB Zuraida Kamaruddin, bukan main sembang garang lagi kencang Shahrizat Jalil .. cakap dia akan heret mereka berdua sampai mendapatkan keadilan .. no retreat nor surrender .. lebih kurang begitulah bunyi hebatnya Sharizat Jalil. 

Akhirnya setelah separuh perjalanan kes ini di dengar dan selesai PRU 13 dan Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO dengan dirinya masih memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia .. alih-alih dia tarik balik saman.  Nampak sangat isu saman nak di jadikan modal politik murahan beliau.


Pelantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai penasihat Perdana Menteri untuk menguruskan hal ehwal wanita sebagai ganjaran kepada rasuah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI