cuba kreatif tapi kejam terhadap kura kura bila di jadikan tunggangan dan di skru



China – Kura-kura jadi tunggangan. Imej ini mengejutkan penduduk China selepas gambar kura-kura di Taman Hidupan Liar di Haicang yang ditunggang oleh pengunjung tersebar luas di internet.

Binatang berkenaan yang merupakan hadiah daripada kerajaan Mauritus kepada China, turut diletakkan pemutar skru untuk membolehkan ia bergerak.

Tindakan kejam oleh penjaga pusat berkenaan mengejutkan orang ramai dan pengunjung yang menunggang kura-kura itu dikenakan bayaran.

Selepas gambar kejam itu dimuatnaik pada 7.40 malam, ia mendapat banyak komen daripada orang ramai yang marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Susulan kejadian itu, penjaga pusat itu telah dibuang kerja dan insiden berkenaan kini disiasat.

Pusat hidupan itu sebelum ini mengenakan bayaran kepada orang ramai yang ingin merakamkan gambar dengan kura-kura terbabit tetapi bukannya untuk ditunggang.

“Untuk bergambar, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM16 dan penjaga pusat itu pula mengenakan RM4 sebagai komisyen daripada setiap keping gambar,” kata jurucakap pusat hidupan liar tersebut.

Mungkin atas sebab itu, untuk mendapatkan lebih banyak duit maka penjaga zoo itu `terlebih kreatif’ dengan menjadikan kura-kura berkenaan sebagai tunggangan tanpa mengambil kira binatang berkenaan dalam kesakitan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI