lelaki temui ajal atas motorsikal

SEORANG lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia di atas motosikal yang diparkirnya di bahu jalan di Seberang Perai Utara setelah terkena serangan jantung.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, kejadian itu disedari seorang pengguna ketika melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa.

“Anggota polis yang ke tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia di atas motosikal ditunggangnya.

“Maklumat awal daripada anak mangsa, bapanya mempunyai masalah jantung dan ketika kejadian lelaki itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Ekor Kucing, selepas bersarapan di Padang Serai, Kedah.

Mangsa dipercayai sempat berhenti di bahu jalan ketika terkena serangan sakit jantung sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.”

Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan fizikal di badan mangsa dan mayat telah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tindakan lanjut.





About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI