taktik rembat minyak RON 95 oleh warga singapura



Johor Bahru: Siap isi petrol dalam tong. Itu yang dilakukan pemandu warga Singapura di sebuah stesen minyak, di sini.

Pemandu itu menyembunyikan tong di tempat duduk belakang kenderaannya yang menggunakan nombor pendaftaran Singapura.

Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan yang sewajarnya.

Nampaknya tiada pemantauan yang betul daripada pihak stesen minyak. Warga asing itu dengan mudah mengisi petrol dalam tong di dalam kenderaannya.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor memandang serius perbuatan itu.

Walaupun setakat ini tidak menerima sebarang aduan atau laporan mengenai tindakan warga asing itu, pemantauan akan dibuat segera bagi mengenal pasti individu atau mana-mana stesen minyak yang membenarkan penjualan dan pembelian petrol ke dalam tong secara salah itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan itu boleh tampil membantu KPDNKK dalam menjalankan pemantauan dan siasatan.

Stesen minyak yang membenarkan penjualan boleh diambil tindakan kerana melanggar arahan , manakala mana-mana pemandu warga asing mahu pun tempatan yang melakukan perkara sebegitu boleh dikenakan tindakan kerana membeli minyak tanpa permit khas yang dibenarkan KPDNKK.

Setakat ini pihak  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  sering menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap pemandu Singapura yang mengisi petrol RON95, namun akan terus membuat pemantauan rapi berhubung sebarang aduan membabitkan penjualan dan pembelian petrol secara salah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI