halalkan perkahwinan homoseksual...ribuan orang protes



SEBAHAGIAN penunjuk perasaan membawa sepanduk March For Marriage di luar Mahkamah Agung Amerika Syarikat di Washington sebagai tanda protes terhadap perkahwinan sesama jenis.


WASHINGTON – Beribu-ribu orang termasuk pemimpin agama menyertai perarakan di sini untuk menentang perkahwinan sesama jantina apabila Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk mendengar isu itu dengan lebih mendalam.

Orang ramai yang berkumpul di bangunan Capitol berarak ke Mahkamah Agung dengan membawa sepanduk yang tertera ‘Seorang kanak-kanak memerlukan ibu dan bapa’ serta ‘Berarak untuk kebenaran’.

Perhimpunan itu dibuat selepas sebuah mahkamah tinggi mahu menetapkan sama ada pasangan sesama jenis mempunyai hak perlembangaan untuk berkahwin di negara itu.

Keputusan muktamad dijangka diputuskan pada Jun ini. Pada masa ini, undang-undang perkahwinan gay atau sesama jenis adalah tanggungjawab negeri-negeri.

Statistik menunjukkan 37 daripada 50 negeri di AS termasuk Washington telah meluluskan perkahwinan gay.

“Kami tidak akan berdiam diri, kami bukan keseorangan,” kata Presiden Persidangan Bishop Katolik AS, Joseph Kurtz.

Sementara itu, seorang penduduk dari Philadelphia, Hiram Garcia, 49, berkata, tindakan menghalalkan perkahwinan sesama jantina hanya akan mewujudkan masyarakat tidak mempercayai tuhan dan menjauhkan mereka daripada tuhan.

“Hubungan mereka ialah penyatuan bukannya perkahwinan. Malah, sesuatu perkahwinan itu akan bermula dengan tuhan bukannya kerajaan,” kata seorang penduduk tempatan, Caroll Skinner.

Bagaimanapun, beberapa pakar menyifatkan mahkamah tinggi kelihatan akan mengiktiraf perkahwinan antara gay

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI