dukung rakan ke sekolah selama 3 tahun



SEJAK tiga tahun lalu, Xu sanggup mendukung Chi ke sekolah bagi memastikan dia tidak tercicir dalam pelajaran.

JIANGSU, China, – Seorang pelajar di sini ternyata begitu berhati mulia apabila sanggup mendukung rakan baiknya yang cacat untuk ke sekolah setiap hari sejak tiga tahun lalu.

Pelajar berkenaan Xie Xu, 18, mula mengenali rakannya itu, Zhang Chi, 19, ketika menuntut di Sekolah Tinggi Daxu di Xuzhou yang merupakan sebuah bandar besar di wilayah utara Jiangsu, China.

Chi mengalami masalah distrofi otot yang menyebabkan kelemahan berterusan pada otot sehingga dia tidak mampu berjalan.

Oleh itu, Xu yang setinggi 1.73 meter dan seberat 75 kilogram sanggup mendukung kawannya itu termasuk di sekitar sekolah bagi memastikan dia menghadiri semua kelas.

“Kisah dua pelajar ini sangat menyentuh perasaan. Mereka bukannya adik-beradik, namun, Xu telah mendukung kawannya itu sejak tiga tahun lalu,” kata Penolong Pengetua Sekolah Tinggi Daxu, Guo Chunxi.

Kedua-dua pelajar itu tinggal di asrama yang berhampiran dengan sekolah tersebut. Jadi, Xu akan mendukung Chi dari asrama ke sekolah selain membantunya membeli makanan dan membasuh kain


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI