puhhh...lagi seekor menteri cap ayam berkokok...kononnya kerajaan boleh dikritik tapi bukan difitnah...siapa fitnah siapa sebenarnya....kalau setiap kritikan di anggap fitnah.....!!!!

Kerajaan boleh dikritik tapi bukan difitnah, kata Wan Junaidi




Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menafikan kerajaan mahu memerangi rakyat yang menentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Timbalan menteri dalam negeri itu berkata, tuduhan  berkaitan  dengan akta  berkenaan  merupakan satu kenyataan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Kononnya  Selepas pindaan ini, kerajaan boleh dikritik, dulunya tak boleh, tapi bukan memfitnah.
"Boleh dikritik secara konstruktif, kerana mengkritik kerajaan tidak lagi dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan apabila diluluskan oleh Dewan Negara dan apabila direstui oleh Duli Yang Dipertuan Agung nanti," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, beliau menegaskan undang-undang tersebut diperkenalkan bagi membanteras fitnah dan kritikan yang tidak berasas di ruang siber.

"Baca undang-undang ini dulu sebelum mengkritik. Sebelum mengatakan perkara-perkara ini. Ini nampaknya ahli Parlimen tak baca buku, tak baca undang-undang.

"Yang kita tujukan ialah kepada orang yang memfitnah melulu, orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk mengkritik, memfitnah, mengatakan yang tidak berasas di ruang siber," katanya.

Wan Junaidi berkata, akta tersebut bertujuan membimbing masyarakat yang tidak bijak mengawal diri di ruang siber.

"Ini yang kita nak tangani. Supaya masyarakat kita tidak menjadi budaya yang tidak baik.

"Oleh kerana masyarakat tidak mendisiplinkan diri, kerajaan sendiri akan bertanggungjawab ke atasnya. Inilah tujuan undang-undang sebenarnya. Asas undang-undang, memberi bimbingan kepada masyarakat yang tidak mengawal diri," katanya.

Kelmarin kenyataan  berkaitan  pengenalan Pota dan pengekalan Akta Hasutan dilakukan kerana Putrajaya cuba memaksa rakyat yang marah terhadap GST patuh kepada mereka.

Undang-undang tersebut sebagai "mimpi ngeri" sewaktu rakyat terbeban dengan GST.

Rakyat Malaysia sedang marah dengan kerajaan kerana GST yang semberono dan membebankan mereka yang sedia miskin.

Pada masa sama, siri salah urus kewangan turut mengeringkan kantung perbendaharaan negara.

Berdasarkan situasi ini, apakah yang kerajaan  Najib  lakukan? Ia  seumpama  melancarkan perang terhadap rakyatnya sendiri.

Kerajaan Umno kini mahu mengukuhkan cengkaman mereka ke atas rakyat kerana sedar pengaruh mereka sangat lemah




##


species umngok ni bebal...bila dikritik rakyat dilockup...bila "difitnah" mcm2, bisu pekak buta seribu mcm bahasa...bila mengambil sikap bisu pekak buta terhadap fitnah, maka mengakulah "fitnah" tu memang kisah benar kan?

Masalahnya kerajaan umNO/bn mengambil kira setiap kritikan sebagai fitnah.

Wan Junaidi Ini tak layak jadi menteri siapa fitnah siapa.....kerajaan UMNO/BN ini lah yang fitnah rakyaat selama ini bukan rakyaat fitnah kerajaan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI