Harga pakej jalur lebar turun 11% hingga 57%.
turun...tapi bulan julai ke GST...speed siput akan jadi siput sedut...sedut poket pengguna...kah kah kah
Harga pakej jalur lebar asas yang ditawarkan beberapa syarikat telekomunikasi akan mengalami pengurangan antara 11% dan 57% tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, komitmen itu melibatkan syarikat telekomunikasi Celcom, DiGi, U Mobile, Maxis, Telekom Malaysia (TM) dan TIME.
"Lebih ramai rakyat di Malaysia akan dapat menikmati kemudahan jalur lebar dengan harga lebih murah," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan perkara itu di Putrajaya hari ini.
Ahmad Shabery berkata, pelanggan akan menikmati pengurangan kos berkenaan dalam tempoh antara sebulan dan dua bulan mulai sekarang memandangkan syarikat terbabit perlu menyelaraskan sistem mereka dan TM memerlukan lebih masa bagi menyelesaikan beberapa proses berkaitan.
Menurut beliau pakej mudah alih ditawarkan pada harga RM25 bagi langganan bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G HSPA untuk kedua-dua perkhidmatan prabayar dan pasca bayar.
"Pengurangan ini dianggarkan 14 peratus lebih rendah secara purata daripada harga semasa," katanya.
Bagi perkhidmatan tetap, TM menawarkan pakej jalur lebar asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB, iaitu 57% lebih rendah daripada harga semasa iaitu RM88 untuk pakej asas.
Ahmad Shabery bagaimanapun mengingatkan syarikat telekomunikasi agar menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan seiring dengan penurunan harga jalur lebar itu.
"Kita mahu mereka melihat semula pelaburan yang mereka lakukan untuk tingkatkan keupayaan mereka, apa guna murah kalau perkhidmatan yang diberikan tidak bagus," katanya.
Beliau juga berharap agar modal perbelanjaan yang diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur termasuk proses 'fiberization' diteruskan dan mengikut tanda aras nisbah pelaburan global iaitu sebanyak 16% daripada modal perbelanjaan mereka.
Beliau berkata kos jalur lebar di negara ini merupakan antara yang paling kompetitif dalam kalangan negara ASEAN kecuali Singapura dan Brunei.
"Kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana negara mereka kecil dan tidak perlu memasang kabel bawah laut seperti di Sabah dan Sarawak, namun apa yang kita mahu adalah untuk memastikan kita sentiasa di hadapan berbanding negara serantau," katanya. – Bernama
##
ini pun seekor lagi menteri tak guna...dia ingat penurunan yang di maksudkan itu murah...lebong la weiii...apa dia ingat RM 38 / 1 GB speed macam kura kura tu murah...agaknya mangkuk nih serupa macam menteri cap ayam yang lain...nak baik punya speed dan kuota yang bagus dia suruh pasang sendiri kabel bawah laut kot...? he he he...
cadang wa ...baik ambik prepaid celcom xpax RM 58 / 4 GB / bulan speed 3-4 G LTE lagi murah....daripada yang di tawar oleh telco telco yang jadi penyamun rakyat tadi... taktau ler kalau celcom nih nanti nak jadi berukband join dengan penyamun tarbus tu...
Home
/
kaki kelentong
/
kantung rakyat
/
melebong
/
perompak rakyat
/
politik
/
politik kotor
/
murah wak lu ....kalau murah tapi laju macam kura kura dan kuota pulak macam sial buat apa...1 GB cukup ke untuk sebulan ngookkk...!!!
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI