PAS kelantan meroyan pasal hudud.....nak bodek ..tak sedar kena kencing dengan UMNO...kita sibuk nak tawan putrajaya geng UG ni sibuk dengan hudud ...bingaiii....!!!

Kelantan perlu hantar semula notis bentang hudud, kata Mohd Amar





Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini berikutan usul berkenaan tidak sempat dibentangkan dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lepas selepas bersidang selama 20 hari.



Kerajaan Negeri Kelantan perlu menghantar semula notis untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan rang undang-undang hudud dibahaskan pada persidangan akan datang, kata Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, ini berikutan usul berkenaan tidak sempat dibentangkan dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lepas selepas bersidang selama 20 hari.

"Setiap kali penggal persidangan Parlimen (berakhir), usul (yang tidak sempat dibentangkan dan dibahaskan) kena dimasukkan (hantar notis) balik... kena beri notis 14 hari sebelum hendak bentang (sebarang usul).

"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan serahkan notis bagi membentangkan usul berkenaan selepas Parlimen mengeluarkan notis kepada anggota Parlimen untuk persidangan Dewan Rakyat yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim, Kota Baru hari ini.

Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang sebelum ini mengemukakan notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas yang akan membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Rang undang-undang persendirian itu dimasukkan sebagai perkara terakhir (No.24) untuk dikemukakan kepada mesyuarat pada 7 April lepas, namun tidak sempat dibentangkan untuk perbahasan sehingga Dewan Rakyat ditangguhkan pada 9 April.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan RUU Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac selepas disokong oleh 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk 12 Adun dari Barisan Nasional (BN).

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata PAS akan mengadakan perbincangan dengan menteri bertanggungjawab, yang akan bertindak sebagai pencadang dan usul berkenaan juga perlu mendapat sokongan 15 ahli Dewan Rakyat sebelum boleh dibahaskan.

"Apa-apa pun mesti ada persetujuan daripada kerajaan, tidak boleh lari. Bukan isu hudud (rang undang-undang persendirian) sahaja, malah isu-isu lain juga," katanya.

Mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang enggan mengadakan sebarang mesyuarat dengan PAS selepas berakhirnya pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dijadualkan 7 Mei ini, ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu berkata tindakan tersebut hanya merugikan pakatan pembangkang.

"Kalau pakatan pembangkang tak ada hubungan jadi yang rugi semua parti bukan PAS sahaja, DAP pun rugi, PKR pun rugi, jangan ingat PAS sahaja yang terjejas.

"Tidak timbul isu PAS keluar daripada pakatan pembangkang... benda itu jelas. Muktamar masih lagi berpegang kami (PAS) masih lagi (dalam) pakatan pembangkang. Soal orang hendak bekerjasama itu adalah soal lain, tetapi kami masih lagi dalam pakatan pembangkang," tegas Mohd Amar.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui ahli keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei. – Bernama,





##



nama ajer  dalam pakatan pembangkang...tapi....musuh dalam selimut....tikam kawan dari belakang...krisis di selangor  ...kita tak pernah lupa....apa yang PAS buat kepada  PR  di sana...cukup cukup lah  berdrama...kami tak heran kalau PAS nak keluar dari PR....PASMA  ada...PASMA boleh ganti PAS...


Nak laksana hudud tawan dulu putrajaya...baru betol...benda nih  almarhum nik aziz dah buat pun...tapi UMNO kencingkan...jadi kali ini serupa juga....selagi UMNO memerintah...tak tau lah kalau PAS kelantan ada agenda  berbaiah dengan UMNO  isu hudud nih...


nampak jelas agenda geng UG nih....!!!



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI