padah ketawakan orang



mangsa yang di tembak

HAWTHORNE, California – Seorang wanita yang mentertawakan tiga lelaki semasa memandu di sebatang jalan di sini maut, manakala anaknya cedera selepas mereka ditembak dalam satu kejadian baru-baru ini.

Sebelum kejadian, wanita malang itu, Denise Chiffon Berry, 44, dan anak lelakinya yang berumur 12 tahun telah mentertawakan aksi seorang penum­pang kereta jenis Cadillac kerana meletakkan kakinya pada tingkap kenderaan.

Bagaimanapun gelagat Berry itu menimbulkan kemarahan lelaki di dalam kereta berkenaan menyebabkan mereka mengekori mangsa.

Melihat keadaan itu, mangsa yang terserempak dengan seorang anggota polis cuba melaporkan mengenai kejadian itu tetapi secara tiba-tiba dia ditembak di hadapan polis berkenaan.

Pegawai polis tersebut kemudiannya membalas tembakan dan menyebabkan suspek yang melepaskan tembakan itu terbunuh.

“Kejadian itu mungkin berlaku secara rambang atau salah faham,” kata pegawai polis.

Ekoran itu, Berry maut di tempat kejadian, manakala anaknya yang cedera terpaksa menjalani pembedahan.

Pemandu kereta Cadillac tersebut, Brandon Armolav White dan abangnya tirinya, Stanley Ross White ditahan bagi membantu siasatan.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI