jadi barua dengan duduk main tweeter memang senang cakap siasatan kes Altantuya lengkap tak perlu buka...banyak perkara yang meragukan tidak di ambil kira...jaga perut berpada padalah....!!!

Siasatan kes Altantuya lengkap, tiada sebab buka semula, kata polis




Tiada sebab untuk membuka kembali kertas siasatan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kerana siasatan sebelum ini lengkap dan mahkamah sudah pun menjatuhkan hukuman, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Timbalan ketua polis negara itu berkata tiada halangan bagi mana-mana pihak yang mengemukakan laporan agar kes itu disiasat semula, namun pihak polis perlu mengkajinya secara terperinci.

“Kes Altantuya kita sudah pun menjalankan siasatan, sudah pergi ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Tiada sebab kita hendak buka siasatan. Siasatan kita sudah lengkap.

“Saya tidak tahu apa sebab dia buat laporan tetapi tidak apalah itu hak dia buat laporan. Selagi tidak bercanggah dengan undang-undang, dia buat tidak apa.

“Hanya mungkin kita akan ambil tindakan atau tidak ambil tindakan. Saya kena tengok terperinci apa yang dibuat,” katanya ketika ditemui pemberita di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Rashid diminta mengulas laporan polis yang dibuat Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menggesa kes siasatan Altantuya dibuka semula.

Suhaizan hari ini turut mendesak polis segera menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad ‎berhubung persoalan ditimbulkan bekas perdana menteri itu kepada Datuk Seri Najib Razak mengenai pembunuhan Altantuya.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil serius dakwaan tersebut memandangkan orang yang membangkitkan persoalan tersebut pernah menyandang jawatan perdana menteri.

Sementara itu, Rashid turut diminta mengulas kenyataan Sirul Azhar Umar yang menafikan dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa menghantar orang ke Australia untuk bertemu dengannya.

Katanya, persoalan itu harus diajukan kepada Khalid sendiri dan beliau tidak mahu mengulas lanjut isu berkenaan.

“Tanya kepada KPN. Saya tak boleh komen.

“Saya tak pasti. Mungkin KPN ada pengetahuan. Saya tak tahu sebab saya fokus pada benda lain.

"Benda ini bukan dalam pengetahuan saya," katanya.

Beliau turut diminta mengulas penahanan lima pengarang The Malaysian Insider di bawah Akta Hasutan.

Katanya, akta itu digunakan selepas satu kajian dan perbincangan yang mendalam mengenai artikel yang diterbitkan.

“Sebelum kita nak tahan seseorang itu terutamanya pengarang, orang yang ada kedudukan dalam masyarakat, kita kaji dulu kenyataannya, kita bincang dan sebagainya.

“Hanya apabila kita dapati ada unsur yang tergolong di bawah Seksyen 2 Akta Hasutan, mempertikaikan raja-raja, menghasut antara rakyat dan itu kita menjeniskan di bawah hasutan.

"Kita dah perhalusi kata-katanya, maksud kata-katanya dan kita dapati ia tergolong dalam Seksyen 2 Akta Hasutan dan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan," katanya.

Ditanya perkembangan siasatan kes itu dan adakah sudah di bawa ke Peguam Negara, Rashid berkata: “Saya kena periksa dulu. Bukan dalam pengetahuan saya."





##




kes meragukan perlu di buka semula...baca..



Najib kecut perut, cuba halang pendedahan keluarga PI Bala

Video Penuh Pendedahan P.I Bala, Siapa Bunuh Altantuya.

Saya sekadar dikambing hitam, kata Sirul

Altantuya, mengapa Musa Safri dan Najib tidak disiasat?

'Saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasan yang saya dapat' 

TDM: Najib Jangan Hanya Kata "Merepek", Siasat Dakwaan Sirul!

Keputusan menggantung Sirul Azhar Umar tanpa mengetahui dalang adalah perbuatan zalim.



kesimpulan wa...najib memang terlibat dalam pembunuhan altantuya...alibi yang kuat menyatakan...jadi tak payah nak bersumpah sumpit menyatakan tidak kenal...kalau macam tu baik tak payah ada mahkamah...cukup bersumpah semua perompak ,pencuri dan pembunuh lepas lari...

satu persoalan yang timbul...mangsa di bom dengan C4 yang hanya terdapat di kemnterian pertahanan...bagaimana bahan letupan ini di bawa keluar dan siapa yang beri arahan...bukti jelas ini wajar di buka semula untuk di siasat siapa pelakunya...!!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI