bayi di temui peluk mayat ibu



SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dijumpai sedang memeluk mayat ibunya yang dipercayai mati secara mengejut di dalam sebuah kereta.

Ibunya yang dikenali sebagai Alina Robert, seorang guru sekolah rendah dan sedang hamil 22 minggu didapati sudah mati dalam tempoh 24 jam ketika ditemui di tempat letak kereta.

Alina dipercayai rebah selepas pulang dari melawat ladang haiwan ternakan bersama anaknya itu, Benjamin.

Keadaan dua beranak yang menyayat hati itu ditemui selepas suami Alina membuat laporan polis apabila mendapati mereka berdua tidak pulang-pulang ke rumah.

Polis akhirnya menemui kenderaan mereka yang diletakkan di tepi jalan di Long Eaton, Derbyshire.

Ketika ditemui anaknya yang dipercayai diletakkan di tempat duduk belakang telah berganjak sendiri ke hadapan untuk memeluk mayat ibunya di tempat duduk pemandu.

Kenderaan mereka dijumpai kira-kira 3 batu dari rumah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI