MH 370 sesat sampai kepulauan maldives...?



PETA kedudukan pulau Kudahuvadhoo di Maldives.

SYDNEY – Penduduk sebuah pulau di Maldives mendakwa mereka melihat sebuah kapal terbang yang dipercayai pesawat Pe­nerbangan Malaysia (MAS) MH370 terbang rendah di kawasan itu pada pagi 8 Mac tahun lalu.

Penduduk Pulau Kudahuvadhoo yang terletak di selatan Dhaalu Atoll di Maldives itu berkata, berdasarkan jalur warna merah dan biru pada badan kapal terbang berkenaan, mereka yakin itu adalah pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada hari kejadian.

Akhbar The Weekend Australian melaporkan, penduduk pulau yang dihuni oleh kira-kira 3,500 orang itu mendakwa, banyak dalam kalangan mereka menyaksikan pesawat ber­kenaan yang terbang rendah ketika itu.

Mereka telah ditemu bual oleh polis dan menandata­ngani kenyataan mengenai apa yang disaksikan.

“Saya sangat pasti kerana apa yang disaksikan sa­ngat jelas dalam cuaca yang cerah.

“Pesawat itu juga terbang bukan dalam keadaan biasa kerana sangat rendah dan dapat dilihat begitu besar, tetapi saya tidak tahu jika itu pesawat (MH370) Malaysia,” kata Ahmed Shiyaam, 34, yang merupakan seorang pengurus syarikat teknologi maklumat.

Seorang lagi penduduk, Ibrahim pula berkata, pesawat seperti itu tidak pernah dilihat terbang di kawasan pulau berkenaan sebelum ini dan dia yakin itu adalah MH370 selepas membaca berita tragedi kehilangan pesawat tersebut.

“Saya tidak tahu itu adalah pesawat yang hilang. Selepas melihat pesawat itu, saya pulang ke rumah dan memberitahu isteri mengenai sebuah pesawat asing yang terbang rendah. Itu adalah pesawat terbesar yang saya lihat di pulau ini,” katanya.

Angkatan Tentera Kebangsaan Maldives pada Mac tahun lalu bagaimanapun menafikan terdapat pesawat yang terbang di kawasan berkenaan pada hari MH370 dilaporkan hilang.

Penduduk tempatan bagaimanapun mendakwa, penafian itu bagi menutup kelemahan radar pengesan yang dimiliki oleh pihak tentera.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penum­pang termasuk anak kapal hilang semasa dalam penerba­ngan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Tumpuan pencarian kini masih dilakukan di kawasan Lautan Hindi yang terletak kira-kira 5,000 kilometer dari Maldives

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI