KWSP jadi penyamun ...20 000 orang pencarum kempunan rasa duit simpanan titik peluh mereka







dah lah pesara miskin ...KWSP  yang dengar   idea  tuan penasihat 25%  buat  duit simpanan pencarum sebagai hak milik mereka...dasar penyamun...bila naikkan had umur pengeluaran...!!!


Kira-kira 20,000 rakyat Malaysia tidak sempat untuk menikmati hasil titik peluh mereka menabung dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya badan berkanun berkenaan menaik­kan had umur pengeluaran wang simpanan daripada 55 kepada 60 tahun.

Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan secara purata kira-kira 20,000 orang rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 50 hingga 59 tahun meninggal dunia setiap tahun.

Berdasarkan statistik pada tahun 2012, seramai 20,146 orang rakyat Malaysia yang berusia antara 50 hingga 59 tahun direkodkan meninggal dunia, manakala pada 2011 (19,618 orang) dan 2010 (18,955 orang).

Andaian KWSP yang menyatakan purata jangka hayat rakyat Malaysia sekitar 75 tahun sebagai alasan untuk melaksanakan cadangan tersebut adalah tidak munasabah dan adil kepada pencarum kerana tidak semua manusia boleh hidup hingga usia tersebut.

Bagaimana dengan mereka yang meninggal dunia sebelum umur 60 tahun? Duit yang disimpan sejak bertahun-tahun bekerja akhir­nya tidak sempat untuk dinikmati.

Adakah itu adil kepada pencarum apabila pihak KWSP yang menetapkan had pengeluaran wang sedangkan duit yang disimpan dan dilabur agensi kerajaan itu adalah hasil titik peluh mereka?.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI