dua tahun dirantai isteri



Huauyan, Peru – Seorang lelaki dilayan seperti ‘banduan’ oleh isterinya sendiri selepas dirantai dan dibiarkan kelaparan di dalam pondok usang di sebuah kampung di sini.

Pablo Tamariz Coraquillo, 86, dipercayai dilayan seperti itu selama dua tahun sebelum dia ditemui pegawai kerajaan baru-baru ini.

Sekumpulan pegawai kerajaan datang ke pondok berkenaan selepas mendengar khabar angin mengenai seorang lelaki dirantai di lokasi itu.

Ketika ditemui Coraquillo berada dalam keadaan yang menyedihkan dan lemah kerana kelaparan.

Seorang penduduk kampung, Viviano Villareal Corral, 56, berkata, penduduk tahu Coraquillo dirantai di pondok berkenaan tetapi isterinya memberitahu tindakan itu adalah untuk kebaikannya sendiri.

“Isterinya memberitahu Coraquillo sering cuba melarikan diri dan dia memutuskan cara terbaik untuk mengelak lelaki berkenaan lari ialah dengan merantainya,” menurut Corral

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI