43 fosil telur dinosaur di temui ketika kerja-kerja pemasangan paip saluran kumbahan di jalankan



FOSIL telur dinosaur yang ditemui dihantar ke Muzium Dinosaur Heyuan bagi tujuan penyelidikan.



SEBANYAK 19 daripada 43 fosil telur dinosaur ini berada dalam keadaan baik ketika ditemui di pusat bandar Heyuan baru-baru ini.



BEIJING – Sekumpulan pekerja menemui 43 objek yang dipercayai fosil telur dinosaur ketika melakukan kerja-kerja pemasangan paip saluran kumbahan di pusat bandar Heyuan baru-baru ini.

Menurut akhbar People Daily, ia merupakan penemuan pertama seumpama itu di bandar tersebut. Sebanyak 19 biji telur masih berada dalam keadaan baik.

Beberapa pakar dari Muzium Dinosaur Heyuan sedang menjalankan penyelidikan bagi menyiasat jenis dinosaur yang menghasilkan telur berukuran 10 hingga 12 sentimeter lebar itu.


Ketua kurator muzium tersebut, Du Yanli berkata, fosil telur dinosaur banyak terdapat di bahagian bawah tanah di bandar ini, cuma jarang ditemui kerana terletak di lapisan batu pasir merah yang dalam.

“Namun, apabila kerja-kerja pemasangan paip saluran kumbahan dijalankan, ia berjaya ditemui,” kata Yanli sambil memberitahu, kerja-kerja pemasangan paip terpaksa dihentikan sehingga penyelidikan selesai dijalankan. Sejak 1996, sebanyak 17,000 serpihan fosil telur dinosaur telah ditemui di China.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI