kerja tempat orang tapi kurang ajar juga di tempat orang...maka tanggunglah padahnya...!!!
5:41 PG
akta hasutan
,
berita
,
faceboook
,
jururawat
,
kerja
,
komen
,
luar negara
,
padah
,
singapura
,
tempat orang
,
warga filipina
Edit
kenyataan berbaur hasutan Ed Mundsel Bello Ello
Singapura: Seorang jururawat warga Filipina didakwa di mahkamah semalam kerana membuat kenyataan anti-Singapura di Facebook dan memberi maklumat palsu kepada polis.
Ed Mundsel Bello Ello, 28, yang dipecat Hospital Tan Tock Seng berdepan dua tuduhan menerbitkan komen berunsur hasutan di akaun Facebook miliknya dan tiga tuduhan berbohong kepada polis.
Dalam laman Facebooknya, dia menyifatkan penduduk Singapura sebagai ‘loser’ (tak guna) dan berazam mengusir mereka dari negara sendiri. Ello turut mendoakan bencana melanda Singapura supaya dia dapat meraikannya.
Kenyataan dimuat naik pada 2 Januari lalu diakhirkan dengan ‘Pinoy better and stronger than Stinkaporeans’ (Rakyat Filipina baik dan kuat daripada Stinkaporean) - gelaran memperlekehkan rakyat republik itu.
Dalam satu lagi pos, Ello berkata dia akan mengusir semua rakyat Singapura supaya republik itu boleh menjadi negeri baru Filipina.
Tuduhan dibuat mengikut Akta Hasutan kerana dianggap mampu membangkitkan rasa benci antara penduduk tempatan dan warga Filipina di Singapura.
Ello juga didakwa berbohong kepada polis sehari selepas itu apabila menafikan memuat naik pos berkenaan ke Facebook.
Ello berkata dia mahu melantik peguam bela. Sehubungan itu, dia dikenakan ikat jamin S$10,000 (RM27,000) dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI